Pagi ni mood agak baik sikit sebab dah dapat selesaikan masalah coding semalam. Rasa nak melompat pun ada bila nampak code tu successful run. Alhamdullilah. Someone bagitau macam nie kat aku, 'Late is better than never'. Aku sangat setuju.
Dan ouh ya. Aku dah beli tiket flight dari Tawau ke Kuala Lumpur pada 3 hb Dec. Pada 4 hb Dec, fly terus ke Alor Setar. Akan ada di UUM sekitar 4 hb hingga 9 hb bagi menghantar laporan akhir Latihan Industri sekaligus buat final presentation. Dalam 10 hb, aku dan Yani akan ke rumah Yaya dan akan sama-sama ke Majlis Persandingan Diah pada 11 hb. Akhir sekali, akan kembali ke Tawau pada 13 hb. Begitu la kira-kira jadual pergerakan dan aktiviti aku nanti.
Terima kasih kepada Kaqak yang dah tolong book tiket flight tu.
Kepada mereka-mereka yang merindui diri ini, (ehemmm, tesedak kejap) sila la jejak saya di sekitar 3 negeri iaitu Kedah, KL dan Negeri Sembilan. Yah, Diah besanding kat Negeri Sembilan.
Kepada Amy dan Kak Dayah yang kata nak join tu, haaa, nanti kita calling-calling ya.
Ok itu cerita untuk bulan 12 nanti.
Untuk aktiviti seterusnya, aku, Kaqak, Gja, Suer dan Kasmah akan ber-hiking di Hutan Simpan Bukit Gemok dan bermandi-manda di Taman Bukit Tawau pada 25 hb nie. Segala tugas telah dibahagi-bahagikan (eh, kenapa aku rasa aku sangat bagus dalam management eak. - -") . Hanya tinggal menunggu hari sahaja. Tak sabar okeh! Cannot wait! Gambar-gambar insyaAllah akan di upload kemudian untuk membuat anda jeles dan kagum dengan keindahan semulajadi bumi Tawau. =p
Lately memang banyak sangat menghabiskan waktu cuti dengan mereka berempat. Ada saja idea nak meliar.
No comments:
Post a Comment