Tepat jer pukul 5 petang semalam, aku bergegas pulang ke rumah. Mandi dan bersiap dengan baju kurung. Dah janji dengan ex-classmate nak pegi rumah Kaqak dan rumah Wadi. Dalam bas on the way balik rumah terus dapat call dari Suriani menyuruh aku segera datang ke lokasi pertemuan, bangunan MARA. Helloo friend, i kata pukul 6 okeh. Yang u tiba-tiba baik datang awal nie apa kes? Kalau nak tahu, Suriani yang mesra dengan panggilan Suer nie selalu datang lambat tiap kali kalau kami janji nak jumpa. Ntah macam mana dia boleh tercanguk awal semalam pun aku tak tau. Kena tampar malaikat kottt.
Suriani.
(Hari tu dia mengumpat aku time tengah siang ayam, akibatnya nyaris kudung jari telunjuk. Tulah, nak mengumpat orang yang ada daulat :p)
Dalam keadaan tergesa-gesa, aku mandi dan bersiap. Satu pantang aku bila dapat tau orang tengah menunggu. Aku tak suka menunggu dan tak suka buat orang tertunggu-tunggu.
Lima minit sebelum pukul 6 aku dah siap tunggu bas. Sempat lagi call Rafiza Shaira Roslan (Ira) tanya dia dah kat mana. Ira cakap dia dah nak sampai kat bangunan MARA. Dan aku pun bagitau yang Suer dah ada kat sana.
Rafiza Shaira.
(Ingat lagi entri tentang dia?? She is.)
Turun jer dari bas aku terlihat susuk tubuh lengkap dengan baju kurung kuning dan bertudung hitam. Macam kenal. Tapi tak sure sebab tertinggal speck sebab dah kelam-kabut sangat tadi. Buat muka cool dan innocent berdiri depan dia dan perlahan aku sapa, 'Iraaa?'. Ira tersenyum dan kami sempat bersalaman. Tapi eh, mana Suer? Kata dah ada kat sini. Tiba-tiba ada seseorang bersuara dari dalam kereta. Alah tak cam. Aku pegi dekat sikit and yes. Amy Noorsafarina.
Amy Noorsafarina.
(Sebelum nie pernah jugak tulis tentang dia. Sahabat lama)
Sempat bersalaman dengan Amy sebelum aku diberitahu yang Suer dan Kasmah sedang duduk di atas tangga tepi bangunan. Menyumpah seranah sekejap aku dibuatnya. Dahla aku rabun, janji plak jumpa time-time senja. Boleh pulak dorang duduk kat ceruk tu. Bagus betul Suer dan Kasmah nie kan. Sekolah kat mana dulu? (- -")
Kasmah
(Dah buat salah, boleh pulak kau posing maut yer)
Lepas aku kira-kira semua. Eh pesal aku eak? Meh sini aku nak bagitau. Konon-kononnya aku pengarah dalam aktiviti kunjung-mengunjung nie. Banyak cantek muka dorang. Tapi takpe, aku layannn kan jer.
Eh mana Gja? Suer cakap, Gja banyak hal. Maybe tak dapat join. Lorrr. Mengeluh sekejap.
Nuraziza
(Selalu sibuk menjaga kebajikan anak saudaranya. Sengal. Ouh, ni lah girlfriend Wadi)
Then kami tertunggu-tunggu ketibaan Aswan dan Rizwan. Aku call tapi dua-dua tak dapat dihubungi. Adeh. Dan aku terus call Iswadi (Wadi). Dengan selambanya dia cakap yang Aswan dan Ridzwan dah ada dengan dia. Bukannya nak bagitau awal-awal. Rasa cam nak sekeh jer kepala dorang sorang-sorang.
Iswadi
(The best boyfriend that i have.)
Aswan
(Jangan tak tau, dalam hati ada taman. Tangkap leleh wooo)
:
:
Alah, space ni nak letak gambar Ridzwan tapi tak jumpa gambar dia kat fecebook.
Aku call kaqak sebab dia la yang bertanggungjawab pick kami bawak ke rumah dia. Ok guys, attention. Kaqak tengah nak tukar kereta dengan adik dia. Kita tunggu kejap yer. Sambil-sambil tu kami menyembang since ada saja benda nak dibualkan. Dan ini la kali pertama kami jumpa Ira dan Amy sejak 3 tahun lepas.
Tak lama lepas tu, Kaqak pun datang. Ni lagi sorang kawan aku yang tak kurang sengalnya. Sah-sah park kat belakang kitorang, bukannya nak keluar sound ker ape. Banyak sangat kredit agaknya sampai nak kena call aku yang sekangkang kera jer kat depan mata dia.
Nur Rasyiqah
(Bersama dua adik lelakinya. Member aku yang paling sempoi. Besok birthday dia. 15 Sep)
Kami pun move ke rumah Kaqak. Sampai jer kat rumah dia, terjumpa kawan lama. Sarina, Hamsiah dan Azhari. Pernah sekelas dengan Sarina dan Azhari tapi tak lama. Dengan Hamsiah, kenal sebab rakan sekolah. Sebelah kelas. Wahhh. Sangat excited okeh.
Banyak cerita yang kami bualkan. Bertambah riuh bila Wadi, Aswan dan Ridzwan datang menyusul bersama pelajar-pelajar UUM yang menetap di Tawau. Budak Adhoc Sabah. Well, jangan tak tau, Wadi presidennya okeh. Tapi, yang herannya. Aku tak join punnnn. Wadi cakap aku murtad. Do I care? Eleh.
Kami terus ke rumah seorang lagi rakan sekolah, Faizal. Bukan classmate tapi classmate kepada ex-classmate. Dia buat open-house. Then, suddenly Gja muncul. Yeyeh. Cukup forum. Nak dijadikan cerita, tengah kami semua gedik nak berfotografi, tup-tup black-out. Memang sadis sungguh. Dan menghayat hati. Tapi sebab phone camera Amy ada flash, kami teruskan jugak bergedik santai tu. Time nak beredar dari rumah Faizal, kami tak salam pun tuan rumah. Serabai kan? Dah gelap gelita kot. Dan bertempiaran la kami mencari kasut masing-masing dengan bantuan cahaya handphone semata-mata. Tapi rasanya ada cahaya lilin jugak time tu. Errr, unsure (- -')
Yang tak boleh blahnyer, bila kami terpaksa delay nak bertandang ke rumah Wadi sebab rumah dia pun black out. Jadi kami terpaksa balik ke rumah Kaqak sebab ada member dia yang nak datang. Well, for sure la kami rasa cam malu jugak nak masuk rumah orang dua kali kan. Tapi kami buat muka tak malu jer. Sambil menunggu Kaqak habis melayan tetamu, sempat jugak aku menyembang dengan Kasmah dan Ira pasal dunia IT.
After tu, kami berpeluang jugak ke rumah Wadi. Kat sana, Wadi macam tak menang tangan melayan tetamu yang hadir. Kami plak sibuk jugak bergelak ketawa. Sangat funn!
Balik rumah dalam pukul 10.30 malam dihantar oleh Wadi menggunakan kereta Storm nya. Rabu nie ada aktiviti gathering lagi nak buattt. Sapa nak ikut?? Jom!
No comments:
Post a Comment