Pagi nie masuk office aku on YM. Tengok list Hani tengah online dan aku saja menyapa. Sebelum tu nak bagitau dulu yang Hani nie junior aku kat UUM dan dia terlibat sebagai peserta program Baksis. Budaknya sangat komited dalam kerja. Serius.
Ok sekarang aku taknak elobrate panjang-panjang pasal al-kisah entri nie sebab aku nak you all baca sendiri. Kepada mana-mana budak UUM yang baca nie, sila kuatkan iman. Perbualan ini adalah berdasarkan kisah benar dan bukannya rekaan semata-mata.
Aku : Awal bangun Hani? Buat ketupat ker?
Hani: Salam Kak Yulie. Morning. Hehe.
Aku : Hehe
Hani: Upload picture jap.
Aku : Ouh
Hani: Lepas ni nak continue tidur balik.
Aku : Hehehe. Orite la tu.
*****cut *****
Aku : Citer hantu pun akak layan gak. Tapi kalau yang Thailand punya akak tak tahan.
Hani: Haa. Same ler. Hantu dia ganas sangat. Hehehe. Takut plak.
Aku : Pastu menggelikan. Biji mata tanggal la. Isi perut tekeluar la. Ngeri kottt.
Hani: Ha kalau die bunuh, pergh cam tak sanggup jer tengok.
Aku : Ntah. Tang-tang tu jugak dia tunjuk macam mana dia mati. Sadis dan buat kita terbayang-bayang.
Hani: Ha tambah kalau time kita nak pegi tandas awal-awal pagi, tetiba jer rasa nak lari. Hahaha. Hari tu Hani dah kena tegur dah. Adei kat kolej tu.
Aku : Iyer ker?
Hani: A'ah. Hani dah kena tiga kali nie. Sem 1, sem 3 dan sem 4.
Aku : Pergh. Katne? Macam mane rupa dia?
Hani: Sem 1 tu dia tegur Hani tidur dalam bilik. Takde rupa tapi ada suara. Janganla kalau ada rupa. Pengsan dah kot.
Aku : Dia tegur macam mana? Beraninya Hani.
Hani: Yang first tu dia tanya, 'aii dah balik ker?'. Pastu dia gelak-gelak pulak. Bunyi macam ramai pulak. Bangun-bangun tapi tak boleh nak bangun plak. Kena baca ayat kerusi.
Aku : Betul ker? Masa tu Hani sorang?
Hani: A'ah. Time tu Hani tengah #@%$!?. Tidur tengah hari pulak tu.
Aku : Ouh. Adei seramnyer. Blok mane?
Hani: Blok H. Tingkat 4.
*****cut*****
Hani: Yang kedua tu, dalam tandas tingat 2. Malam pukul 3 lebih, habis buat assignment nak pegi toilet, pastu rilek-rilek basuh kaki. Tetiba dia tegur belakang. Dia panggil nama, 'Asiahani!!!'. Ha macam tuuu.
Aku : Pergh. Seram. Pastu Hani lari la?
Hani: Tu la. Macam mana benda tu kenal ntah.
Aku : Apsal pegi paras 2?
Hani: Hani dah tukar bilik duduk paras 2.
Aku : Akak duduk paras 1 dan-dan sebelah bilik dengan cina mati tu tak penah pulak ade kejadian aneh. Yang dasyat tu every midsem akak duduk sorang-sorang kat wing tu, selamba akak jer takda apa-apa. Tapi pernah sekali....
Hani: Ha nape?
Aku : Sem dua akak tengah gayut dengan sorang kawan. Memang tak tido la time tu kan. Then dah pukul 6.15. So akak nak stop borak and nak pegi mandi la kan.
Hani: Lepas tu?
Aku : Pastu semua pili bilik air kat bilik mandi tu on sampai semua sinki penuh melimpah. Cuak jugak akak.
Hani: Owh.
Aku : Yang herannya, takda orang lagi pegi mandi time tu. Memang akak sorang jer. Dahla tu pili air on full. Deras la kan. Beristigfar jer la akak. Tau tak akak tak pernah cerita kat sape-sape. Hani orang first.
Hani: Owh.
Aku : Akak taknak cerita kat member. Nanti dorang takut.
Hani: Habis tu sape yang tutup pili tu? Kak Yulie ker?
Aku : Akak yang tutup. Laju-laju akak tutup. Hani bayangkan eak, kat tempat basuh tu jer ada 4 sinki kan? Pastu ada 2 paip kan? Then kat dalam toilet ada lagi 2 sinki kan? Semua tu tebukak. Akak tefikir, takkan ada orang nak pegi bukak malam tu kan?
Hani: A'ah kan. Tetiba takut plak nak balik. Hehe.
Aku : Then kalau dah bukak dari pukul 2 pagi, sure dan banjir. Betul? Tapi akak tak rasa dia on sejak tengah malam.
Hani: Owh. A'ah kan.
Aku : Dalam pukul 5 lebih macam tu la akak rasa dia dah start on.
Hani: Uish. Sape dia tu? Haaaaa. Haha.
Aku : Ntah la. Akak memang tak pernah nampak apa-apa.
Hani: Owh. Hari tu before Ramadhan, kawan Hani kena gak. Benda tu tidur kat katil roommate dia. Benda tu baring menghadap dinding. Baju putih, rambut panjang.
Aku : Aduh. Seram. Blok mane tu?
Hani: A'ah dia tidur maghrib. Itu blok G.
Aku : Blok G memang ada sorang junior kena gak. Tapi kes dia lain sikit la.
Hani: Macam mana?
Aku : Akak lupa jugak macam mana tapi yang akak ingat benda tu ganggu dia. Haa, dia ada cerita cermin loker dia tebuka tutup tiba-tiba. Takda angin.
*****cut*****
Hani: Ada sekali tu kitorang celebrate birtday member. Pastu gelak tak hingat dunia. Then, dengar suara nangis kat tepi langsir. Mula-mula kitorang buat tak tau. Tapi lama-lama, makin kuat plak.
Aku : Pergh.
Hani: Pastu kitorang pasang al-quran. Tapi lama jugak la baru dia hilang.
Aku : Seramnyer.
Hani: Ada sekali tu Hani jumpa rambut. Pelik jer rupa dia.
Aku : Rambut???
Hani: A'ah. Color hitam.
Aku : Dahtu Hani kutip la??
Hani: Hani cium.
Aku : Bau ape?
Hani: Takda bau pun. Biasa jer. Tapi panjang dia tu memang Hani tak boleh lupa.
Aku : Panjang macam mana?
Hani: Memang extraordinary. Kalau tinggi Hani, paras lutut.
Aku : Bukan rambut roommate?
Hani: Time tu Hani takda rommate and before tu takda member datang lepak. Yang pelik tu, katil Hani pun tak kemas.
Aku : Mesti dia dah golek-golek atas tu.
Hani: Tulah. Agaknya dia mengantuk kot. Tumpang tidur.
Aku : Hehehe.
******cut*****
Aku : Haa. Ada lagi satu cerita.
Hani: Ape?
Aku : Kan akak selalu melepak kat bilik JPM kan. Then kadang-kadang tido kat situ. Ada satu malam nie akak dengan member-member stay up kat sana. Pukul 3 pagi dengar macam meriah jer kat bilik bengkel. Macam ada aktiviti. Padahal takda student pun time tu.
Hani: Uish.
Aku : Then kitorang masing-masing dengar tapi masing-masing buat dono jer.
Hani: Seram.
Aku : Ada satu lagi.
Hani: Ha. Ape?
Aku : Ada satu malam nie akak dengan Kak Dayah tidur kat sane jugak. Dalam nak dekat subuh Kak Dayah kejut suh balik bilik. Akak pun balik jerla. Sebelum tu nak bagitau dulu, Kak Dayah nie memang pernah nampak benda tu kat sana. Budak kecil.
Hani: Uish. Ye ker?
Aku : A'ah. Keesokannya baru Kak Dayah cerita. Kak Dayah cakap budak tu panggil dia macam nie, 'Kakakkk' kat tepi langsir.
Hani: Seram la.
**********
Dan begitu lah. Sesungguhnya 'mereka' jugak makhluk Allah. Apa nak takut kan? (-_- !)
KAKKKKKKKKKKKKKK TAKNAK BALIK UUMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMM
ReplyDelete