Monday, September 20, 2010

cinta

Cinta? Jap, bagi aku gelak jap. - -‘. Ok dah. Semua sibuk sangat nak tau boyfriend aku tiba-tiba nie pesal eak? Risau ker aku lambat kawin? Releks laa. Memetik kata-kata Maria watak dalam cerita Ayat-ayat Cinta, ‘Setiap orang punya jodohnya masing-masing’.

Setakat nie aku tak pernah nak risau pasal itu. Belum terfikir untuk menamatkan zaman bujang dalam dua tahun nie. Sabar okeh sabar.

Hari nie aku nak bagi nasihat percuma kepada anda-anda yang diluar sana yang tengah kemaruk bercinta sampai tak hingat dunia terutamanya orang perempuan. Tolonglah tolong jangan mengharap separuh mati dengan pasangan anda. Memberi sepenuh kepercayaan dan membiarkan diri dikawal oleh si dia sedangkan belum ada apa-apa ikatan. Korang tak rasa cam buduh ker bila nanti korang break and pada masa korang bercinta dengan si dia tu, semua benda dia control? Kata la korang bercinta dengan dia selama dua tahun dan selama dua tahun tu la korang tak boleh buat itu, tak boleh buat ini. Tak boleh pegi situ tak boleh pegi sini. Ishhh. Ale-ale break up. Tak ker rasa cam rugi jer dua tahun tu. Ibarat kalau umur korang Tuhan bagi sampai 60 tahun, actually korang hidup sebagai diri sendiri selama 58 tahun jer. Itu baru putus cinta dengan sorang, kalau 3-4 orang?? Dan kalau setiap sorang tu korang couple 2-3 tahun? Dan kalau korang dah start gedik bercinta masa umur 13 tahun lagi?? Hehhh. Sure aku gelak hentak-hentak kaki.

Sorry kalau ada muka yang dah jadi ungu bila baca nie.

Pada aku, simple jer. Aku buat apa aku nak. Kau buat apa kau nak. Kalau nak larang pun, only with a good reason. Bukan dengan alasan sayang semata-mata.

Sejak dari dulu lagi, aku tak berapa minat nak tau dia sedang buat apa. Dengan siapa. Dan apa-apa la yang aku rasa cam remeh-temeh jer. Do I really in love? Heh. Ntah. Its complicated.

When we love someone, we cannot find the right words to tell him. Setuju? Tepuk dada dan garu kepala. - -“

Kawan aku Wong Sze Sze pernah bagitau aku macam nie, ‘Kita takda sebab kenapa kita mula sayangkan seseorang, kalau bersebab pun, itu hanya alasan semata-mata.’ Anda setuju? Aku macammm agak setuju la jugak kot. (Heh jawapan macam tak confident).

Dan kalau ikut pemerhatian aku. Ceh ceh ceh. Lelaki nie lebih mengharap difahami. Yang perempuan plak mengharap disayangi. Okeh, dia macam ni tau, lelaki ada masa dia busy and bila tengah buat kerja, dia tak berapa minat nak begayut dengan girlfriend dia walhal sebenarnya dalam dia tengah busy tu dia asyik teringat kat girlfriend dia dan tak sabar-sabar nak kerja dia cepat selesai supaya dapat call girlfriend dia. Itu lelaki. Yang perempuan plak, selalu mengharap disayangi. Selalu nak boyfriend dia buktikan yang dia tu the only one yang dicintai. Kalau tak mesej sekejap, dah rasa tak keruan. Pastu, benda kecik pun nak mengadu. Terkena pisau sikit pun, terus ambik gambar jari yang luka tu then MMS kat boyfriend. Alahai. Luka kecil jer kot. Letak plaster dah la. Lebih-lebih plakkk. Dush! (Eh, tapi aku pun perempuan gak - -‘)

Dan berbalik pada perenggan ketiga tadi. Pengharapan yang melampau-lampau ni la yang akan buat you all frust giler-giler bila clash. Dah meningkat jumlah kes bunuh diri. Sia-sia jer kau hidup beb. Bunuh diri bajet dah komfem syurga pulak tu. Hehhh. Setau aku, bunuh diri sebab cinta tak dikira mati syahid yer.

Baik la. Berbalik pada perenggan pertama dan kedua. Siapa boyfriend aku? Siapa eak? Tolong angkat tangan siapa boyfriend Yulie Nurafnie? Angkat tinggi sikit eaa. Semua orang nak tau nie muka dia macam mana. Hah hah hah.

Setakat nie, biar la semua berjalan perlahan. Seperti angin yang meniup wajah. Useh. (Dalam hati ada tamannn). Realitinya, aku tak tau samada aku serius dalam hal nie atau tak. Tipu la kalau tak fikir kan. Cuma, aku rasa banyak benda lagi yang lebih penting untuk difikirkan. Macam yang si Maria tu cakap la, ‘Semua orang punya jodohnya masing-masing’. Dah kalau Tuhan cakap macam tu, maka begitu la. Jadi kenapa nak risau pada sesuatu yang pasti ada untuk kita. Of course kita kena mencari tapi mencari itu juga mesti dalam kata erti mengikut tuntutan agama kita. Sila setuju dan selamat beramal. Peace.


No comments:

Post a Comment