Hari nie ofice half day jer. So pukul 1 nanti, aku nak mulakan modus operandi mencari kasut raya. Sebelum telinga aku bernanah dengar omelan mak, akhirnya aku redha jer la tawaf bandar Tawau kejap lagi. Bapak dah bagi duit tapi sengaja berlengah. Petang nie kalau aku balik tanpa kasut raya, maknanya aku dapat hadiah hari jadi flying kick. Ok. Nak bagitau hari raya kali nie cun-cun jatuh pada hari lahir aku. Sila wish. :p
Kepada semua kawan-kawan, selamat hari raya. Buat mak ayah yang berada di Tawau Sabah, maaf zahir batin. Tak lupa kepada mak dan ayah mentua yang berada di Johor Bahru, dan semua sahabat handai yang mengenali kami. Selamat hari raya maaf zahir batin. (Bajet ucapan dari London ke ape nieh?)
Setelah 3 tahun menyambut lebaran di perantauan, akhirnya raya tahun ini yang jatuh pada tarikh bersejarah aku dapat dirayakan di tanah kelahiran. Sederhana tapi bermakna.
Kepada kawan-kawan yang nak datang rumah, jemputlah yer. Kuih cukup punya. Aku available untuk korang raya pertama dengan kedua. Raya ketiga, ehem-ehem. Aku ada date. Bhahaha. Sape nak ikut, angkat tangan.
To sepupu sepapat yang ada 10 orang semua campur adik aku 4 orang means 15 orang. Sila datang pada hari raya pertama. Ini pesanan dari neneknda yang tercinta. Harap maklum.
Untuk semua yang mengenali diri ini, salam lebaran saya hulurkan. Rakan-rakan UUM, Kak Long, Dik Ija, Amy, Kak Fina, Kak Dayah, Cuya, jemput datang rumah. Kepada Trexx, Yani, Yaya dan Diah, jangan takut balik DPP SME Bank yer :p. Yani, 'benda' tu kan memang ada kat bilik awak jugak tau. Blok D ada la dalam beberapa ekor. Jangan lupa baca yasin. Selamat beramal.
Ok. Aku nak sambung on-line.
KAK YULEEE PALING KEJAM DI DUNIA !
ReplyDeleteheh heh :p
ReplyDelete