Macam yang aku pernah khabarkan sebelum nie. Aku akan menamatkan riwayat blog nie. Rasanya keputusan dah muktamad dan bulan nie ada lah bulan terakhir aku menulis di sini.
Takda sebab untuk aku tidak boleh menokhtakan blog nie.
Terkadang ada masanya kita sedar, kesamaran dalam tindakan. Dibanyangi dengan kenangan yang tak pernah padam dan kita lemas dalam emosi. Mungkin begitu la blog ini bermula. Dan mungkin emosi itu bukan lagi luka tapi yang tinggal hanya la kudis yang masih bercalit.
Lalu aku yang serba tidak sempurna, terpinga-pinga mencari jalan keluar. Melepas rasa dan meluah segala. Kamu tahu aku sedang gembira. Kamu tahu aku sedang gulana. Tapi aku lupa, yang sudah takkan pernah bermula lagi. Di hemtam dengan kerinduan yang diiringi harapan dan harapan.
Perlahan aku bangun. Kerana masa pengubat paling mujarab selagi kita nekad untuk melupakan.
Hari ini aku terjaga dan tersedar dengan sewaras-waras akal yang aku ada. Hidup aku adalah pilihan aku.
Pasti aku akan menulis lagi. Dengan nama yang baru. Dengan arah yang satu. Bila? Itu aku tak tahu. Yang aku tahu, penulis itu aku.
No comments:
Post a Comment