Monday, December 28, 2009

warkah untuk lelaki bernama Syah Ahmad Khan


Sudah tiga tahun. Yah tiga tahun. Itu hanya mengikut perkiraan yang ku ingat-ingat lupa di benakku. Rasanya kau lebih tepat dalam perhitungan usia perkenalan kita. Sebab aku selalu mengambil mudah akan segalanya tentang kita. Sebab tidak pernah ada yang istimewa tentang dirimu selain satu-satunya kesetiaan yang kau semai selama tiga tahun mengharapkan balasan sebagai penyeri hidup.

Untuk tempoh tiga tahun itu, telah aku lemparkan segala keburukan tentangku dengan harapan kau pergi la menjauh. Sebab tidak terdaya rasanya menghukum seseorang dengan penantian yang tidak berjawab apalagi aku sendiri tidak pernah serius memikirkan tentang dirimu. Mungkin aku merasakan kau tidak serasi denganku.

Hinggalah hari ini, aku mahu mengukir namamu dipaparan blog ini. Supaya kau tahu, aku juga mampu menghargai seseorang. Supaya aku sedar aku bukanlah terlalu kejam.
Hinggalah hari ini, aku sedar aku telah melakukan sesuatu yang tidak matang kerana pengaruh sekeliling yang berjaya menawan akal warasku. Dengan penuh emosi, segala amarah terluah untukmu. Akhirnya bila aku terjaga, maaf yang seikhlas kupohon. Dan kau menganggap dirimu tempat untuk aku melepaskan geram. Tumpah setitik airmata kerana itu bukan niatku. Tuhan lebih tahu.

Duhai Syah, tiada sesiapa yang betul dan salah dalam bercinta. Bukanlah satu dosa perasaan itu. Setiap orang punya keinginan untuk mencapai apa yang dihajati. Dan kau tak pernah salah kerana terus menyintai aku jika itu takdirnya. Yang salah mungkin hanya aku yang masih memikirkan tentang dia. Yang masih keliru dengan semua yang baru terjadi.

Dalam pada aku masih terkapai dalam kesedihan, kau datang dengan harapan yang lama. Terfikirkah kau tentang rasa perit itu? Dan aku tidak mahu membalas dendam dalam perhubungan ini sekaligus menjadikan kau mangsa. Mangsa kerana kegagalan aku.

Dengan jujur, kini aku mula menghargai segalanya tentang kita. Aku ingin menjadi yang terbaik sebagai yulie nurafnie yang sangat kau hafal setiap ejaan huruf namanya. Yang terbaik walau siapapun aku disisi mu nanti.

Cuma tolong, jangan ada desakan. Jangan ada harapan yang teralu tinggi menggunung. Jangan ada benci dikemudian hari.

Semoga yang terbaik berakhir dalam episod cerita kita. Walau apapun takdirnya. Aku tahu kau juga percaya bahawa takdir itu dihujung usaha kita. Jadi berusaha la untuk yang terbaik sebab aku masih dalam kekeliruan sedikit dengan keikhlasanmu. Sebab aku tidak mengukur berdasarkan tempoh masa. Jika semuanya nyata, sedarkan la aku yang masih dalam ketakutan. Yakinkan la aku dengan kesungguhan.

humor


Entri kali untuk membuat readers ketawa dengan beberapa koleksi cerita lucu yang ingin di kongsi disini. Selalu sangat post entri yang ala-ala emosional, so kali nie ubah mood sikit.

SIAPA HEBAT

Man : Bapa aku hebat. Dia polis, semua orang takut dengan dia.
Ali : Eleh, bapa aku lagi hebat. Kalau dia suruh orang tunduk, mesti orang tu tunduk.
Man : wow! Bapa kau kerja apa?
Ali : Tukang gunting rambut.

SUDU

Doktor : Encik kena ambil 3 sudu ubat nie setiap hari.
Pesakit : Eh! Tak boleh la doctor.
Doktor : Kenapa?
Pesakit : Rumah say ada dua sudu aje.

MAYAT

Cikgu : Hassan, sambungkan kedua-dua ayat tunggal ini menjadi satu ayat sahaja. ‘Ali menaiki basikal ke sekolah. Ali nampak mayat.’
Hassan : Senang tu cikgu. Ali ternampak mayat menaiki basikal ke sekolah.

TIRU

Cikgu : Encik, anak awak didapati meniru Ali dalam peperiksaan lalu.
Bapa : Apa buktinya?
Cikgu : Encik tengok soalan nombor 4 ni. Siapakah menemui Pulau Pinang? Seman tulis “Say tak tahu” dan anak encik tulis “Kalau engkau tak tahu, aku lagi la tak tahu”.

DOKTOR

Doctor : Selamat petang…
Pesakit : Selamat petang doctor.
Doctor : Ada masalah apa…?
Pesakit : Telinga saya dimasuki biji kacang hijau, doctor…
Doctor : Biar saya periksa telinga anda.

Setelah diperiksa…

Doktor : Telinga anda memerlukan pembedahan kecil, kosnya 2 ribu ringgit.
Pesakit : Mahalnya doctor, tidak adakah rawatan percuma?
Doktor : Ada, tapi anda perlu sabar sedikit.
Pesakit : Saya sanggup buat apa sahaja, bagaimana caranya…?
Doktor : Anda sirami telinga anda 2 kali sehari dan nanti jika sudah jadi taugeh, anda tinggal tarik keluar sahaja.
Pesakit : ?????

i miss you friend...Amy Noorsafarina


Ingat lagi tak aku pernah story kat entri yang bertajuk ‘Kenapa yul menulis?’??? Kat entri tue aku ada cerita pasal kawan aku yang tiga orang tue, Amy, Juliet dan Ira. Sejak persahabatan kami berantakan dan masing-masing ikut haluan masing-masing, kami tak contact satu sama lain. Kerana aku lari dari kecewa itu. Tapi mungkin Tuhan masih mahu kenangan mereka singgah dilubuk ingatan membuatkan aku dalam kerinduan. Juliet telah berjaya mendapatkan number phone aku. Dan hampir dua tahun kemudian, melalui Syarifah aku dapat menjejaki Ira. Sekarang Ira tengah sambung study. Yang sedihnya, aku dapat tahu dia sakit. Sakit yang seumur hidup untuk dia tanggung dan tak perlu aku cerita disini.

Sejak disemester satu, sebenarnya aku sudah mula mencari Amy. Kerana diantara Amy, Ira dan Juliet, aku lebih sayangkan Amy. Ada sesuatu dalam dirinya yang membuatkan aku pernah tekad untuk mengubah cara hidupnya.

Setiap kali jumpa ex-classmate, pasti aku akan bertanyakan Amy. Tapi mereka hanya menggeleng kepala tanda tidak tahu. Rasa kesal kerana tak jumpa dia sebelum ke menara gading nie.

Sehinggalah beberapa malam yang lepas, Amy muncul dalam mimpi aku. Dalam mimpi tu kami terserempak dekat stadium bola sepak berhampiran sekolah. Amy keluar dari sebuah van. Dan kami menyembang panjang. Berbual ceria seperti sengketa lama tidak pernah ada. Amy memberitahuku dia kini menjadi jurulatih pasukan bola jaring untuk sebuah sekolah yang ku tidak tahu namanya. Dalam mimpi tu jugak kami bertukar number phone. Gembiranya aku bukan kepalang.

Namun ia cuma mimpi. Hanya mimpi. Benarkah Amy jadi jurulatih sekarang? Jurulatih untuk sukan kegemarannya. Amy.. Amy. Di mana kau sekarang??? Lepas terjaga dari mimpi tue, semua kenangan dengan Amy tiba-tiba segar dalam ingatan. Seperti baru semalam. Amy yang juga sepertiku. Gemar warna merah dan number sepuluh. Amy yang bersamaku menjaringkan gol kemenangan dalam perlawanan futsal dengan pasukan Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Apas. Masa tue, aku dengan Amy di posisi striker.

Amy merupakan kapten pasukan bola jaring sekolah. Kecemerlangannya menyebabkan dia terpilih mewakili Sabah ke peringkat kebangsaan.

Amy yang gemar dengan kartun POOH. Amy yang nakal tapi baik hati. Amy yang melatah bila dicuit. Amy yang menyembunyikan banyak rahsia. Rahsia yang pernah menyebabkan mata ini basah.

Amy yang menyebabkan aku marah dan mengatakan, ‘No bestfriend in this world!’
Aku kah yang salah kerana gagal mempertahankan persahabatan kita??? Aku kah yang tidak memberikan kau peluang untuk memberi penjelasan. Masih bersisa kah cerita yang sepatutnya aku tahu antara kamu bertiga?? Kenapa aku tidak pernah berjaya keluar dari cerita itu. Sudah tiga tahun lebih. Apa makna sebenarnya ni?

Yang patah telah pun tumbuh. Yang hilang sudah pun berganti. Namun ianya tetap tidak sama. Sebab aku masih rindu Amy Noorsafarina. My friend till the end.

congratz Dolly!


Aku dengan Dolly bet nak dapat hadiah kalau result dapat dekan. Tapi kami dah turunkan sikit cabaran ke PMS 3.3. Dan Alhamdulillah Dolly berjaya! Walaupun aku tak capai matlamat tue, tapi aku tetap bersyukur coz pointer naik sem nie setelah jatuh menjunam di sem lepas. Hanya sedikit sahaja lagi untuk mencapai misi mendapatkan hadiah daripada Dolly tapi mungkin bukan rezeki. Kecewa jugak but merenung kembali kesilapan sem lepas, mungkin ada baiknya Tuhan ‘menegur’ aku dengan kekalahan ini.

Apapun, maintain PMK above 3 setiap semester adalah yang lebih penting buat aku yang mempelajari ilmu yang tidak pernah ku cintai sepenuhnya ini. Daripada langsung tak suka dengan dunia IT, aku sudah mula jinak dengan bidang yang kian mencipta revolusi pada dunia. Tidak juga membenci bidang IT tapi masih dalam tempoh untuk mencari keselesaan sepenuhnya dalam bidang ini. Yang paling membanggakan, aku tidak fail dalam subjek programming yang di anggap killer oleh kebanyakan pelajar IT. Syukur aku masih mampu kekal di zon selesa.

Kepada Dolly, aku tersenyum lebar bila membaca mesejnya menyampaikan berita gembira itu. Aku bangga punya kawan yang berjaya menyahut setiap cabaran dari aku dengan jayanya. Aku bangga kerana doaku untuk kejayaanmu dimakbulkan Tuhan. Aku ingin mencari perkataan yang lebih baik dari sekadar ucapan ‘Tahniah’ untuk menggambarkan betapa aku juga gembira di atas kejayaanmu.

Sekarang tengah fikir nak bagi hadiah apa untuk dia sebagai ganjaran. Tak berapa tau sangat Dolly gemar pada apa. But promise is promise. Pasti akan di tunaikan.

Bila ingat Dolly dapat capai misi kami, aku terfikir alangkah bestnya kalau aku juga dapat capai matlamat tue. Bukan hadiah yang aku kejarkan tapi menebus kesilapan. Result exam kali nie agak memuaskan cuma seharusnya aku lompat lebih jauh daripada apa yang aku dapat. Tapi mungkin kecuaian aku sebagai pelajar dan kealpaan aku sebagai hambaNya menjadikan aku ‘separuh menang’. Macam yang aku cakap tadi, mungkin inilah caranya Tuhan hendak ‘menegur’ aku dari terus leka.

Lafaz istigfar untuk menyedarkan aku dari mimpi dan syukur di atas setiap kurniaan Tuhan. Sebab penyesalan tidak harus ada dihujung setiap keputusan. Cuma keinsafan dan pembetulan. Kerana jika kita melakukan kesilapan dan tidak membetulkannya, bermakna kita telah melakukan satu lagi kesilapan.

Kepada Dolly sekali lagi, keep going! Proud with you. Setelah apa yang aku lalui sem lepas, ini adalah anugerah yang berharga buat aku. Thanks coz memberi semangat.
Bait lirik ini khas buat kamu Dolly;





Ketika diri mencari sinar
Secebis cahaya menerangi laluan
Ada kalanya langkahku tersasar
Tersungkur dilembah kegelapan

Bagaikan terdengar bisikan rindu
Mengalun kalimah menyapa keinsafan
Kehadiranmu menyentuh kalbu
Menyalakan obor pengharapan

Tika ku kealpaan kau bisikkan bicara keinsafan
Kau beri kekuatan tika aku diuji dengan dugaan
Saat ku kehilangan keyakinan kau nyalakan harapan
Saat ku meragukan keampunan Tuhan
Kau katakan rahmatNya mengatasi segala

Menitis air mataku keharuan kepada sebuah pertemuan
Kehadiranmu mendamaikan hati yang dahulu keresahan
Cinta yang semakin kesamaran kau gilap cahaya kebahagiaan
Tulus keikhlasan menjadi ikatan dengan restu kasihMu oh Tuhan

Titisan airmata menyubur cinta dan rindu pun berbunga
Mekar tidak pernah layu damainya hati yang dulu resah keliru
Cintaku takkan pudar diuji dugaan mengharum dalam harapan
Moga kan kesampaian kepada Tuhan
Lantaran diri hamba kerdil dan hina

Syukur sungguh dihati ini dikurniakan teman sejati
Menunjuk jalan dekatiNya tika diri dalam kebuntuan
Betapa aku menghargai kejujuran yang kau beri
Mengajak ku mengenal erti cinta hakiki yang abadi

Tiada yang menjadi impian selain rahmat kasihmu Tuhan
Yang terbias pada ketulusan sekeping hati seorang insan
Bernama teman

i'm not outing just for nothing


Ketika aku menulis entri nie, aku berada kat bilik. Beberapa minit sahaja lagi akan bertukar tarikh ke 7 hb Desember. Baru selesai membasuh muka tapi mata still tak ngantuk coz siang tadi tidur lama sangat. Dua hari nie tak berapa sihat. Demam selesema. Cuaca tak berapa ok kot.
Tadi tengok drama kat Astro Prima yang bertajuk ‘Denai Berbisik’. Tersentuh jugak la meninguk cerita tue sampai menitis sikit airmata. Suka dengan muzik latar dia. Sangat menyedihkan.

Minggu nie takda buat apa sangat. Lagipun, siapa yang tak kenal Yulie si anti-outing. Too much la gelaran nie. Teringat kat Wadi. Masa tu keluar bertiga dengan kawan dia. Bukan maen lagi dia introduce aku dengan kawan dia tue, ‘Ni la Yulie. Kawan ku satu sekolah dulu. Dia nie malas betul mau bejalan. Kata kan la kau suruh dia p beli jarum di bandar, jarum sak dia beli tue. Pastu dia balek.’ Ketawa la mereka berdua mengenakan aku si gadis tunggal kat dalam kereta ketika itu. So, malas mau melayan.

Kadang-kadang aku terfikir jugak tentang teguran diorang tue. Sampai la mak aku sendiri pun pernah ‘sound’. Alasan mak aku, nanti kawan-kawan aku cakap aku sombong. Well, actually bukan macam tue. Lagipun untuk apalah aku nak menyombong. No point la.
Pertama, aku rasa bila dah outing dengan kawan-kawan aku rasa letih sangat bila dah balik rumah. Maklumlah, diorang kalau keluar mesti tawaf satu Tawau nie. Kedua, kalau aku rasa takda tujuan, aku memang tak suka keluar. Ketiga, aku rasa aku bukan kawan yang bagus untuk diajak keluar bersama. Banyak benda yang aku tak reti. Duduk rumah tengok TV lagi bagus. =).

Tapi, ada time yang aku suka keluar. Contohnya, nak pergi mandi manda kat sungai, nak pergi jalan kat ladang-ladang, jalan kat tepi laut and so on. Something like that la. Ok la tu kan. Bukan la berkurung sangat.

Bila orang cakap aku nie jarang keluar, aku ter-imagine diri aku seorang yang lemah lembut, duduk rumah masak and kemas rumah, pakai kain batik, and bila nak keluar tutup kepala dengan penuh kesopanan dan kesusilaan. HellOoo. Alangkah bertuahnya ibu yang mengandung jika aku begitu. But sad to say I’m not.

Si Yulie yang anda-anda tidak kenal bila kat rumah memang la kemas rumah tapi bukan dengan memakai kain batik tapi berseluar pendek. Kerjanya memang ada la masak sikit-sikit tapi paling terer masak air. Bila rumah dah kemas, dia akan mandi pastu breakfirst dengan ala kadarnya. Then akan tengok rancangan fevretnya macam Amazing Race, Biggest Loser, CSI, Iron Chef and bla bla bla sampai mengantuk.

Dah faham sekarang? Masa sem lepas, banyak kali jugak keluar dengan kawan-kawan. Mungkin sebab aku rasa nak free kan mind aku. Nak release tension dan cuba untuk berubah menjadi yang terbaik untuk kawan-kawan.

bukan tak sudi


Hari nie mengasingkan gambar-gambar yang tidak ingin dilihat lagi ke dalam folder lain. Opss! Masih perlu waktu untuk buat-buat tidak tahu. Lepas tue, meng-copy plak gambar yang ingin diberi kepada seseorang ke satu lagi folder lain. Janji yang sudah sekian lama. Harus ditunaikan segera.

Ada satu perkara yang ingin aku kongsi. Agak segan tapi takpa la since aku pun tak tau siapa yang akan membaca ini. Somebody mengajak bertunang. Aku menganggap perkara nie tak serius langsung. Mungkin sebab aku masih tidak boleh menerima dia. Walaupun si dia tue, serius high-level. Teringat masa on call semalam. Dia sibuk nak becakap dengan mak aku. Gila ker apa?

Jujur aku cakap, macam nak menerima. Sebab aku dan si dia yang lagi satu tue… perlu kah aku bagitau kat sini? Teka la sendiri. Syukur akal waras masih menguasai.

Masih banyak parut luka yang belum sembuh. Semester lepas adalah tempoh kemuncak dimana aku betul-betul diuji dari setiap perhubungan. Pemergian keluarga ke alam yang kekal abadi masih terasa kesedihannya. Dan belum sempat kesedihan itu terpadam, aku diuji lagi oleh insan yang bernama teman-teman. Terkejut lagi dengan berita lain. Hampir aku menyalahkan takdir. Kenapa aku harus diuji pada waktu aku masih dalam ujianNya yang lain. Sekali lagi aku berada dalam kecelaruan hubungan cinta. Hampir terjerat mujur tidak terlalu lewat untuk aku sedar. Hati ini masih miliknya sebab rindu aku ada bayangnya.

Sekarang nie, sudah tidak ada perkara yang lebih penting untuk aku fikirkan selain study dan family. Love? Maybe later. Jika bukan jodoh kita, terima la dengan tabah. Pasti yang terbaik menjadi milik kita.

Friends? Berkawan biarla beribu tapi limitkan pergaulan. Aku akan menjadi yang terbaik walaupun aku bukan la kawan baik kepada sesiapa. Mencari teman sejati bukan la mudah. Ada orang kata, ‘Kalau nak tau dengan siapa kita berkawan, lihatlah dirinya saat kamu bersama dalam tekanan dan ketegangan.’ Dan baru la aku sedar tidak semuanya yang bersamaku adalah teman. Mungkin ada antaranya beban yang datang mengambil kesempatan. Tapi aku mengharapkan aku sentiasa bersama mereka yang menemani aku hingga ke hujung jalan.

Yang terbaik pasti akan mendapat yang terbaik di setiap akhir garisan. Semuanya bergantung kepada nawaitu kita. Hati kita. Dan bagaimana kita mencorakkan cerita ini.

Untuk ceritaku diepisode kali ini, aku masih belum bersedia menjadi tunang kepada sesiapa. Masih terlalu banyak yang belum ku persiapkan. Dan aku tidak bersedia memikirkan perkara ini. Aku mengharapkan keputusan ini dihormati dan ku mohon dimengerti.

Jika kau masih mengatakan aku selalu lari dari soalan, aku cuma ingin menjelaskan aku tidak punya jawapan yang terbaik dan aku tidak ada kekuatan untuk berdiri seiringan dengan kau seperti yang kau impikan. Mungkin aku tidak mampu melihat mimpi yang kau lakar. Maaf.

bicara buat teman

Bicara buat teman
Sahabatku,
Terlalu penat rasanya
Duduk membilang hari…
Aku yang keletihan, tetap terus
Menunggu akan redanya egomu…

Temanku,
Jika MATAmu berat memandangku,
Ringankanlah KAKImu pergi dariku…
Jika BIBIRmu terpaksa senyum padaku,
Relakanlah MUKAmu untuk berpaling dariku…
Jika susah untuk kau melupakan kesilapanku
Senangkanlah LIDAHmu untuk menghinaku…

Tapi,
Andainya satu hari nanti…
TELINGAmu terdengar berita KEMATIANku,
Ikhlaskanlah TANGANmu mengusung jasadku
Dan…bisikkanlah padaku yang kau telah
MEMAAFKANKU…

Moga, kalimah terakhir itu
Menjadi pelita di kubur gelapku
Menjadi bantal tika lena panjangku…

Kawanku,
Walau di mana pun kau berada…
Aku hanya mahu melihat
Kebahagiaanmu…
Pintaku,
Jangan dilupa…
SEMUANYA TENTANG KITA

berbasa-basi


Untuk manusia yang kurang buat aktiviti waktu cuti macam aku, tiada apa untuk dikongsi. Cuma sekadar berbasa-basi. Sekarang dah pukul 10.19 minit malam. Baru lepas tengok rancangan reality TV, ‘The Biggest Loser’. Lepas tue, meringankan tulang membuat air untuk ayah yang sedang menonton sekarang nie.

Semalam aku membelek handphone. Itulah aktiviti yang aku buat bila boring tahap gaban. Kalau tidak berada di kolej, handphone tu akan di ampai merata. Hanya akan menjenguk bila ingin menge-check mesej atau miscall.

Beberapa gambar dan mesej telah dibuang walaupun dah dibiar lama bertapa kat handphone tue. Rasa sayang but I have to. Tapi lepas buat semua tu, rasa lega. Dah malas nak pikir. Mungkin aku nak get ready untuk jadi orang yang takda komiten pada mana-mana perhubungan. Mungkin jugak, dihati masih tak terdelete. Mungkinnn.

Minggu nie plan nak keluar untuk membeli something. Mungkin beli, mungkin jugak hanya mengintai sesuatu. Sebenarnya mencari idea untuk memberi hadiah untuk someone. Siapa??? Yang pasti aku akan bagi orang tu bila dah sampai kat UUM nanti. Bila dah habis cuti la.

Sebut pasal hadiah, teringat jugak janji aku kat Dolly kalau dia dapat dekan nanti. Tak pikir lagi nak beli apa kalau dia dapat dekan. Tak berapa tau jugak Dolly gemar barang apa. Apapun, aku harap yang terbaik untuk dia. Sejak mencabar dia berpuasa hari tue, tiba-tiba aku suka mencabar dia untuk benda-benda lain yang menjanjikan ganjaran.

Pergelangan kaki nie rasa sakit sikit coz buat exercise siang tadi. Takda kerja punya pasal, maka aku pun mencari pasal. Lagipun duduk kat rumah, takda buat apa. Adik-adik aku yang lain suka sangat outing. Aku pun tak tau apa tujuan diorang suka sangat meliar kat bandar Tawau tue. Jadinya, aku kesepian kat rumah.

Owh ya, sabtu nie bersamaan 12 hb, adik aku yang study kat Johor tue akan balik ke kampusnya. Kesian dia. Cuti cukup-cukup sebulan jer. Kuliah dia start 14 hb. Adik aku yang sorang nie kitorang panggil ‘Tambi’. Hahaha. Kelakar tak? Nick name nie, makcik aku yang bagi coz masa dia kecik dulu, kulit dia hitam sangat. So melekat la nama tu sampai sekarang. Actually nama penuh dia Muhamad Sahrilsal. Si Tambi nie pernah buat operation coz dagu dia ada darah beku. Darah beku tu ada sebab dia selalu jatuh masa kecik-kecik dulu. However, tak dinafikan yang dia nie memang brilliant dalam study. Buktinya masa kat Matrikulasi dia dapat 4.0 in first sem. Pastu second sem dapat 3.8. So, berkat kepandaian dia tu dia dapat biasiswa. Kaya raya la dia tue. Tiap-tiap sem dapat RM5000. And the latest, dia dapat dekan untuk first sem kat UTM. CGPA 3.7 something. Congratez!

Ok la. Cukup setakat nie dulu. Babai.

Antara kita


Membaca balik entri-entri yang lepas, rasa macam ada something wrong. Macam ada yang tak patut aku tulis telah ditulis. Rasa macam ada sedikit menyesal. Tentang satu perkara. Entahla. Sometime, aku terlalu memikirkan perasaan orang yang depan mata dan menghiraukan orang yang jauh.

Sekarang nie, aku dengan sorang nie tengah perang teluk. Mungkin silap aku jugak yang terlalu ego. Mungkin sebab aku rasa dia lelaki, so aku malas nak beralah. Dan aku suka buat hal sendiri tanpa memberitahu. Padahal dia punya la concern. Bukan dah tak suka, cuma banyak perkara yang membuatkan aku sudah putus asa dengan hubungan yang bukan dalam kategori ‘family’. So aku lebih suka untuk slow down. Biarkan semua dingin jer.

Bukan aku dah beralih arah. Bukan juga aku mengharap sesuatu yang bukan dari ketentuanNya. Tapi biarla aku dengan cara yang begini.

Dah beberapa hari tak mesej. Apalagi call. Senyap sepi handphone aku. Rasa pelik jugak tapi mungkin aku perlu belajar untuk membiasakan diri.

Kepada dia, tak tau la samada awak baca atau tak entri nie. Just nak mintak maaf untuk segalanya. Fikiran saya sedikit terganggu dengan beberapa perkara. Tak mahu lagi memikirkan perkara yang rumit-rumit macam nie. Perkara yang masih kita tak tahu jawapannya. Mendesak dan memaksa satu sama lain untuk memberi penjelasan. Terlalu susah sebenarnya. Jadi, biarla kita senyap untuk beberapa ketika. Itu lebih baik dari meluahkan sesuatu yang bakal memberi penyesalan dikemudian hari. Berikan saya ruang untuk mencari jalan yang terbaik. Berikan saya peluang untuk menjadi yang terbaik untuk awak tak kira la apa statusnya nanti.

Saya yakin dan pasti, ada ketika kita akan berbicara lagi tentang ini. Waktu itu, kita sudah punya jawapan dan keiginan masing-masing. Yang kita perlu hanya sepakat diantara keduanya.

Wednesday, December 2, 2009

Thanks.


Hari nie 30 November. Penghujung bulan. Siang tadi black-out kat rumah. Orang Sabah lebih familiar menyebut black-out as ‘tiada karan.’ Lama jugak black-out. Siap qatam baca majalah Mingguan Wanita yang aku beli masa on the way nak balik cuti hari tue. Lepas baca majalah, dengar lagu kat handphone sampai battery tinggal dua bar. Then, puas mencari alternative menghilangkan bosan. Pergi ke dapur menjenguk apa yang ada untuk aku mencipta resepi baru. Kunun =p. Tapi tengok bahan-bahan yang ada, takde idea plak. Maybe later. So, belek-belek handphone mencari mangsa menemani keburingan. Aku mesej kat kawan PLKN, E-ah. Melalui E-ah, aku dapat tau Eera dah ada dua orang anak. Uuhhh! Cepatnya! Seingat aku dia kawen time aku sem dua. Dapat jugak jemputan dari dia tapi tak pegi coz clash dengan waktu kuliah.

After mesej-mesej dengan E-ah, aku teringat plak kat Dolly. Aku pun kol dia. Bertanyakan tengah buat apa. Dolly cakap dia tengah tengok tv. Menyembang la kami macam biasa diselang-seli dengan gelak ketawa. Bila si poyo bercakap dengan si sengal, maka terciptalah kegilaan. Hahaha. Tapi persoalannya, siapa poyo dan siapa sengal??? Lu pikir la sendiri. Peace no war.

Dolly cakap kawan dia yang nama Arison (maaf kalau salah eja nama) ada membaca blog aku. Terkejut jugak bila Dolly bagitau. Dolly bagitau aku yang Arison said blog aku bagus. Bolehkah aku menganggap ianya sebagai pujian??? If yes, thanks a lot to Arison. Pada mulanya aku rasa agak sedikit maluuu bila ada readers yang aku tak berapa kenal membaca blog nie, coz siapa sahaja boleh menilai seseorang melalui apa sahaja. Agaknya, apalah yang korang-korang assume tentang aku ek? Yang kenal muka aku tu takpe la, yang tak tau muka aku nie macam mana? Aku keaasah tauuu. -----<-(@

Memang aku mengaku ada ramai yang membaca walaupun bukan dalam kategori followers. Dan aku menerima pelbagai respon. Setakat nie, yang sampai kat telinga semuanya komen yang baik-baik tentang penulisan aku. Tidak mahu menganggapnya sebagai satu kebanggaan untuk aku mendabik dada sebab aku tahu semua ini masih baru. Dari awal lagi aku dah mention tentang sebab aku menulis. Jadi aku merasakan semakin ramai yang membaca, semakin ramai yang berkongsi ceritaku. Ceritaku adalah detik-detik suka duka ku. Mungkin aku boleh mencari teman untuk ketawa tapi aku mengadu mungkin tidak pada semua mereka. Dan blog ini menjadi medium untuk aku luahkan.

Kepada semua readers, welcome and terima kasih sebab sudi membuang sedikit waktu untuk singgah di sini. Aku percaya setiap yang membaca adalah mereka-mereka yang terbuka untuk mengetahui isi hatiku. Mereka-mereka itu adalah kamu. Thanks.

Thanks jugak untuk Dolly yang promote blog nie kepada Arison. Saat aku menulis nie, maybe Dolly dah kat airport Johor Bahru. Malam nie (09.40 pm) flight dia ke Kota Kinabalu. Welcome home to you my friend. Aramaiti!

Aku di sini


Mengenang kembali setiap yang manis, terasa tak terduga yang pahit kini terpaksa dilalui. Bila segalanya nampak begitu indah, tidak kita bersedia untuk derita. What I’m talking about?

Sekarang nie tengah kat rumah. Takda buat ape. But, cuti kali nie terasa agak pantas. Sedangkan aku mahu ia lambat berlalu. Ingin terus disini. Walaupun terkadang rindu pada kawan-kawan disana.

Baru-baru nie, aku keluar dengan Gja, Suer, Kasmah and surprise for me…Aida juga disini. Dah lama pindah kat Kota Kinabalu, tetiba dia cuti seminggu kat sini. Bila jumpa Aida, baru la aku sedar betapa aku rindu. Hah! Menyembang kat bakery shop. Masa tu tengah tunggu Gja and Suer solat kat masjid. Suka menyembang dengan Aida. Dia mudah ketawa. Kasmah said, ‘yul tetap yul…’ and Aida menambah, ‘yah.’ Ok. Suka hati kamu berdua la. Aku tidak mudah berubah. Tapi bukan bermakna tidak akan berubah. Cuma aku senang begini.

Teringat plak kat Dolly. Dia pernah cakap, ‘Kalau saya pegi Tawau, boleh la jumpa kamu.’ Dan aku menggeleng laju tanda tidak setuju. Dengan selamba Dolly memberi respon, ‘Tampar…’ Aku plak menyenyum. ‘Boleh la saya pergi rumah kamu.’ Lagi aku menggeleng. ‘Tampar…’ Aku terus ketawa.

Teringat kawan-kawan semua nie, buat aku tergelak sendiri. Masa tengah makan kat gerai ABC, Suer plak said something, ‘Macam ndak percaya plak yul mau join kita hari nie kan?’ Dan Kasmah membalas, ‘Iya bah.’ Ohw hooo. Ok. Memang dari dulu lagi aku macam nie kan. So, tak perlu pura-pura hairan k.

Dari zaman sekolah dulu sampai la dah masuk zaman senja Universiti, aku masih macam dulu. Selalu dingin. Kalau rasa tak senang, lebih memilih diam dari bersuara. Tapi, once aku rasa selesa, aku suka bergurau.

Friends. Kita akan kekal berkawan sampai bila-bila. Sebab aku masih ingat tragedy 5 September itu. Kamu masih disisi memberi Iltizam. Aku takkan lupa pada kata-kataku pada Wadi dan Gja. ‘Kalau satu hari nanti aku berjaya, aku ndakkan lupa kamu.’ Mungkin sudah tiga tahun. Mungkin kamu juga lupa. Tapi hati ini tak pernah ingkar walau aku diam dan membisu. Bukan bermakna dihati tiada kamu.

aku mengaku, ku akui

Aku kat rumah sekarang nie. Rasa macam nak menulis but tak tau nak tulis ape. Macam cuti sem lepas, aku tulis jurnal. About friendship tapi takleh dikongsi untuk tatapan umum coz…um! Ok, hope you got it.

Terasa nak tulis cerpen. About what? About Love story. Ada la kawan aku yang sorang nie cerita tentang kisah dia kat aku at satu malam tue. Sangat menarik untuk diabadikan dalam bentuk karya tapi dia macam tak setuju. Aku pun jarang menulis cerpen tentang cinta. Seingat aku, baru sekali. Yang banyak aku tulis tentang persahabatan. Pelik kan? Orang yang takda sahabat suka menulis tentang persahabatan.

Macam Kak Fina. Sorry to Kak Fina kalau terbaca entri nie. Bukan mengumpat but just nak share pendapat dengan semua readers.

Jujur dengan seikhlas hati, aku suka membaca blog Kak Fina. Dulu, tak tau pun dia ada blog. And bila aku dah kerap mencapap kat blog, aku pun start baca blog insan-insan yang aku kenal. Macam Kak Fina and Trexx. Tapi ada jugak blog yang aku tak bukak even aku kenal siapa penulisnya. With a reason. =p

Trexx adalah orang yang bertanggungjawab memperkenalkan dunia blog pada aku. So, aku dengan sorang member tu pun create satu blog atas nama kitorang and promote kat white board JPMDPP. Lepas tue, Kak Fina pun tulis gak url blog dia. Start la baca. And kalau tak baca blog dia, memang tak sangka yang tulis tu Kak Fina. Kalau aku tak kenal Kak Fina, aku akan imagine that writer seorang yang banyak mulut macam murai. Seorang yang suka menyembang itu dan ini.

Tapi hakikatnya, Kak Fina seorang yang agak pendiam. Buat hal sendiri. Cakap bila perlu. Tapi yang menariknya, bila dia buat something, dia tunjuk yang dia komited. Contohnya masa kat Sedim. Kat BAKSIS Pahang. And elses. Owh ok. Mesti terkejut kan? Yes. Aku seorang yang take-note. Sebab aku tidak mahu tersilap menduga lagi. Dan yes. Aku seorang yang particular. Sebab aku suka melihat dan menilai.

Pengakuan jujur. Aku juga pernah tersilap duga dengan Kak Fina. Masa first sem jadi JPMDPP, kerja dia asyik mengadap labtop. Time tue tak tau lagi apa yang dia duk buat mengadap labtop lama berjam-jam nieh. Kadang-kadang aku pun boring tengok dia. Pernah tercakap dalam hati, ‘Ndak penat kah orang nieh on-line lama-lama?’

And pendekkan story. Something happened. Dan aku mula mendekati satu persatu mereka-mereka yang pernah aku kurang suka. Menilai mereka setiap satu. Ok. Ini pun kira pengakuan jujur jugak sebab aku menyiasat dalam diam.

Dan aku dapati, mereka-mereka tidak la seteruk yang pernah aku fikirkan. Cuma mereka tidak sempurna. Aku juga begitu. Dan sejak dari itu, aku mendengar nasihat Dolly. Dolly pernah cakap, ‘Yul, kamu berdoa la supaya hati kamu dijauhkan dari sifat benci.’ Still ingat ayat tue.

Don’t judge a book by its cover! Kita tak kenal, maka kita takkan tau apa yang kita suka dan apa yang tidak. Semester lepas aku belajar sesuatu dari sesuatu. Aku mendekatkan diri dengan semua. Aku cuba fahami Ira dan Nadia. Antara adik bongsu dalam JPPMDPP. Siapa sangka dalam diam dorang ada menyimpan sesuatu. Siapa sangka mereka mula terasa kecil. Aku tidak sedar akan itu. Mungkin sebagai kakak-kakak (Senior dalam JPMDPP), mereka juga tidak sedar. Dan saat aku sedar, semuanya agak terlambat.

Stop pointing fingers! Bila kita sudah mencipta konflik diantara satu sama lain, kita akan membawa konflik itu ke situasi yang lain. Dalam tidak sedar, salah yang kecil dibesarkan. Yang besar apatah lagi.

Bila kita tidak membuka ruang dan peluang untuk kemaafan dimana ia sepatutnya menjadi pintu permulaan, semuanya akan berakhir dengan persengketaan.

Yang aku paling kesali, namaku turut digunapakai menjadi bahan cerita. Sakit hati bila tidak dapat menjelaskan apa yang sepatutnya dan tidak diberi peluang untuk membela diri. Dan pilihan yang terbaik adalah berdiam diri sebab ku kira mereka masih tidak terbuka untuk mendengar.

Semester lepas, aku banyak berbincang dengan orang-orang tertentu. Thanks a lot kepada dua orang nie. Kak Yunes and Dolly! Siapa sangka mereka individu yang aku tak berapa nak pandang menjadi penunjuk jalan tika aku dalam kebuntuan. Masalah study, masalah projek dan hampir semua yang terbeban dibahuku terasa ada yang sudi berkongsi. Tika aku merasakan semua benda kelihatan hilang, kulihat masa depan masih ada!

Dan kalau tidak Tuhan mengujiku itu dan ini, tidak la aku mengenal siapa kawan dan siapa beban! Tidak akan aku menulis seperti ini. Tidak akan kawan-kawan tahu hatiku juga ampuh walau tampak lasak dari segi fizikalnya. Semuanya berlaku dengan bersebab! Dan aku semakin terasa tenang begini.

Difasa permulaan aku merangkak dengan sakit. Aku mengharapkan sesuatu yang lama aku mimpikan kerana itu mahuku. Tapi Tuhan memberi apa yang lebih aku perlu. Jika saja aku tidak teguh, aku menjerit dan memprotes sepuas hatiku. Namun aku belajar menerima dan menerima. Perlahan-lahan aku membuka hati. Semuanya perlu berubah dan sudah berubah. Cuma aku yang tidak. Dan aku agak terkapai-kapai. Lalu ada satu sinar kecil, dan aku mula menarik nafas gembira. Kini aku ketawa dalam damai dan seikhlas doa.=)


Ke hujung aku rindu


Almost 2 am. 22 hb November. Tengah kat rumah. Cuti final sem. Nothing much to do actually. So, I wrote this to my readers.

Thanks friend,
Tiada perkataan yang mampu aku ukir untuk menggambarkan betapa aku terasa sempurna kini. Memberi aku semangat dan tak pernah penat mendengar setiap luahan. Disana, aku hanya ada kamu. Yang pasti aku perlu selalu.

Terasa rindu untuk keluar bersama lagi. Makan together. Dolly, Amy, Kak Dayah, Kak Fina, Cuya dan kadang-kadang ada Intan dan Trexx. Rindu kamu. Rindu Dolly yang paling. Rindu mendengar setiap kesengalannya. Kepoyoannya. Dan yang paling rindu, gurauan kita semua. Buat aku tertawa. Riang dan kembali senyum.

Malam sebelum Amy balik kampung, aku dan Amy menyembang panjang. Sampai pukul 4 am. Tapi, aku tidur pukul 5 am. Nescafe punya pasal. Kami menyembang pasal banyak benda. Pasal zaman kecik-kecik dulu. Zaman Amy kat sekolah dia. Family and elses. Sebagai akibatnya, aku tak sempat jumpa Amy sebelum dia balik kampung untuk bercuti. Padan muka aku.

Then, malam last aku kat DPP SME Bank, aku tidur kat bilik Dolly sebab nak study kat situ. Rasa tak boleh focus bila duduk study sorang-sorang kat bilik dalam keadaan yang sunyi tahap gaban. Si Dolly siap beli nasi lemak plus bihun lagi. Tak tau la apa motifnya. Penyuntik semangat la tu kunun. Tapi sebelum aku makan nasi lemak tu, aku cakap ‘Lepas makan nasi lemak ni kalau saya mengantuk, siap la kamu.’ Dolly hanya terus menyantap. Yang aku ni pun satu, orang dah bagi, bedal jer la. Banyak bunyik plak.

Aku sibuk study, dia sibuk main game kat Facebook. Sekali-sekala, terdengar dia tegelak. Sengal betul laa. Then lepas tu, aku stop kejap coz sesi begayuttt. Shhhh. Sambung study balik. Dah habis study, menyembang plak dengan Dolly. Tentang satu perkara. Hampir aku menitis air mata tapi tega aku menahan. Thanks Dolly.

Aku semakin mengerti dan semakin tabah menahan emosi. Aku percaya. Thanks.
19 hb malam, aku, Dolly, Nadie dan adik aku Yusri bertolak ke KL. Dalam bas tue, Dolly dan Nadie duduk together. Aku dengan Yusri. Sampai kat Puduraya dalam pukul 6.30 pagi. Lepak kat sana sampai pukul 7.45 am.

Pastu kitorang beli tiket nak naik LRT. Aku, Nadie and Yusri nak ke stesen Masjid Jamek. Dolly nak ke Pandan Indah. So, tak satu LRT dengan Dolly. Bila naik tinggkat atas nak tunggu LRT, nampak Dolly kat seberang. Lambai. Cehh, tiba-tiba rasa sayu sikit nieh. Tak tau kenape. Takde dah kawan aku yang menyengal tiap-tiap hari.

Dolly sanggup beli tiket balik KL 19 hb walaupun exam dia habis 17 hb. Terharu jugak tuh. Well, maybe Dolly just nak tangguhkan masa since takde apa nak buat kat KL but however I still appreciate it.

Kawan-kawan. Yah, aku akan menyebut kawan-kawan yang membawa maksud lebih dari satu. Sebab aku tak mau lagi orang cakap kawan aku hanya seorang. Since Dolly membaca entri ‘Ku biar Kalam bicara… Ku biar Pena menulis’, dan mengiyakan pernyataan Wadi. Baiklah, aku akan belajar dari kesilapan. Walaupun aku tak sedar itu.

Cuti kali nie mungkin lebih bermakna. Dan aku akan pulang dengan nafas yang baru. Tidak lagi seperti semester lepas. Aku akan pulang dengan penantian yang benar. Kerana kata-kata Dolly pada malam itu, terngiang-ngiang dibenakku. Benarkah akan begitu? Tapi, cukup la. Tidak mahu berulang lagi. Tidak mungkin aku lupa walaupun sudah lama tersusun kemaafan. Biarkan yang pergi terus berlalu. Aku tidak yakin pada permulaan untuk yang kedua kali. Cukup!

Apa yang lebih aku impikan, adalah sebuah pertemuan yang mewangi dalam ingatan, lagenda sebuah kenangan kerana ke hujung aku rindu.

Tuesday, November 17, 2009

thanks for reading


Disebabkan buntu nak baca untuk last paper for final exam, aku pun decided ajak Amy keluar pegi makan kat tempat biasa. Tempat biasa kami berdekatan dengan Taman U. Memang sedappp. Masakan Thailand tapi halal eaaa. Dan yang paling penting, berbaloi-baloi… murah!
Itu cerita pukul 6 petang tadi. Sekarang dah pukul 2 pagi.
Rasa lapar laa. Jap eaa. Nak call Dolly jap.
………………………………………………………………………………………………..
Updated:

Yulie : Wei, kamu buat apa?
Dolly : Study. Kenapa?
Yulie : Belum tidur lagi?
Dolly : Belum. Sekejap lagi.
Yulie : Dolly.. saya lapar nie.
Dolly : Jadi apa la kita mau makan?
Yulie : Kamu ada biskut kah?
Dolly : Biskut apa? Biskut kering ada laa. London Biscuit pun adaa. Mau?
Yulie : Ok jugak tue. Ba sekejap la. Saya datang.
Dolly : Bah.

Lalu handphone pun dimatikan. Ohw ya. Untuk pengetahuan semua, time nie Amy pun ada lepak kat bilik. Ada la sebabnyaaa. Personal kalau nak cerita kat sini. Tengah begayut kat phone Amy nie. So, aku just cakap;

Yulie : Aku nak pegi bilik Dolly nie.
Amy : Buat ape?
Yulie : Nak ambik biskut. Kenape? Kau ada biskut kat bilik ker?
Amy : Takde la. Ar, pegi la. Nak ikut jugak laa.
Yulie : Eh, tak payah la. Bukan lama pun. Aku nak ambik biskut pastu bagi resume yang dia suh aku buat nie then aku balik laa.
Amy : Betul?
Yulie : Iye laa. Lagipun Nescafe kat sini.
(Aku pun menuju ke muka pintu dan membiarkan Amy yang asyik bercakap ditalian. Sebelum melangkah, sempat lagi berpesan…)
Yulie : Kalau ada orang yang tak kenal ketuk pintu, jangan bagi masuk tau.
Amy : Sengal la kamu nie.
(Aku tersenyum sambil melangkah)

Sampai kat bilik Dolly tadi, macam biasa la. Terus kepada misi utama. Mencari biskut. Dolly pun memberi dengan murah hati. Siap bagi banyak pulak tue. Nescafe 3 in 1 pun dia bagi. Plus nesvita.

Sebelum aku melangkah balik, sempat jugak la kami menyembang sekejap sambil cuba menakut-nakutkan dia yang tinggal keseorangan di bilik disebabkan roommate kesayangannya dah balik kampung untuk bercuti. Dolly terus cakap, ‘Mulut tu jangan celupar yul. Saya tampar kau sana. Sudah la saya nie penakut.’ Sambil menutup kedua telinganya. Aku hanya ketawa. Seperti biasa, aku akan berkata ‘Cau cincau…’ dan Dolly akan membalas, ‘Cau cendol…’

Balik bilik terus membuka pembalut biskut dan celup kat air Nescafe. Ehmm. Sedap. Apa pun sedap bila dah lapar.

Tadi ada call Gja. My ex-classmate. Gja ada bagitau yang dia membaca blog aku. Katanya, baca blog aku nie macam baca novel. Eak??? Sempat juga dia bertanya, ‘Apa yang kau tulis tu, kisah betul ka yul?’ Sedikit kehairanan mendengar pertanyaan Gja. Dan dengan ikhlas aku menjawab, ‘Mestila betul. Ndakkan la aku boleh tulis reka-reka macam begitu ba.’ Terdengar ketawa Gja dihujung talian. Agak lama tidak berborak. Sejak masing-masing sibuk dengan pelajaran masing-masing. Aku di UUM. Gja di UMS.

Thanks kepada Dolly yang ofer handphone coz dapat panggilan free untuk kemana-mana talian Digi selepas penggunaan mencecah RM2.

Tercetus jugak sedikit kontroversi pasal statement aku kat facebook. Semua macam terasa hati bila aku mengeluarkan statement macam tue. Dalam hati mereka ‘Aku kah budak perempuan tue?’ Itu kata Zaza. Dan aku membalas, ‘Kau ker yang perasan comel?’ Zaza hanya tergelak. Ok, let’s forget it. Tiada siapa diantara kamu. Coz dia yang aku maksudkan, tiada disini. Jadi, harap ramai-ramai boleh tarik nafas lega.

Ok semua. Nak menyembang dengan Amy nie. Sayonara.

Ku biar Kalam bicara… Ku biar Pena menulis

Bila tengah takda nak buat apa, aku akan berfikir. Teringat kat satu word yang Wadi pernah bagi kat aku masa form six dulu. ‘Kau ni yul, kalau kau ada satu orang kawan, itu jak la kawan mu. Macam ndakda kawan lain.’ is it true?

Kenapa minggu nie aku terfikir pasal hal nie?

Teringat kat Nadie, dengar-dengar dia ada masalah dengan kawan dia yang sorang tue. Patutla dia dorang dah jarang makan sekali.

Teringat kat Amy. Dapat tau dia putus tunang. Oh God. Time tengah nak exam plak tue.
Sebenarnya, aku ingin berkata sesuatu kepada kamu-kamu. Aku ingin menjadi teman yang mendengar dan sentiasa ada. Aku ingin kamu kenali aku seperti itu. Bukan si Yulie yang kawannya hanya pada yang satu.

Well, Amy. Mungkin aku dah terbiasa dengan cara kita. I mean, kau dan aku tahu kita spesis perempuan yang agak independent. Bukan yang girly. Jadinya, aku pun agak kurang risau. Tapi itu bukan bermakna aku tidak ambil peduli. Cuma tak tahu bagaimana cara untuk tunjuk yang aku concern about that.

Tuhan takkan uji kalau kita tak mampu.

Mungkin aku terlupa, siapa pun diri kita sebagai seorang perempuan, di lubuk yang paling dalam tetap ada satu kelembutan. Satu perasaan dalam satu hati yang ampuh. Maaf Nadie. Maaf Amy. Aku terlepas pandang tentang kamu. Tiada niat.

Kadang –kadang, bila kita rasa disakiti baru la kita sedar yang mungkin aku juga pernah menyakiti. Walau apapun alasannya, aku maaf… biarkan kalam berbicara. Biarkan aku merasa. Nurkilan dibawah, khas buat Amy, Nadie dan mereka-meraka yang terasa hati.

Dalam dunia ini, aku tidak punya sesiapa kecuali diriku.. tetapi dalam aku bersendiri, aku beruntung kerana mempunyai seorang teman yang memahami aku.

Sebagaimana aku mengharapkan keikhlasan dan kejujuran seorang teman,begitu juga dia. Tetapi aku sering terlupa akan hal itu. Aku cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan aku. Aku rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya. Aku tidak memberi dia peluang untuk menerangkan keadaannya.

Bagi aku, itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri.Aku terlupa, aku juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti....kerana aku juga ada janji yang tidak ditepati. Aku beri beribu alasan, 'memaksa'dia menerima alasan aku. Waktu itu, terfikirkah aku tentang perasaannya??? Seperti aku, dia juga tahu rasa kecewa....tetapi aku sering terlupa.Untungnya mempunyai seorang teman yang sentiasa di sisi aku pada waktu aku memerlukan dia.

Dia mendengar luahan perasaan aku, segala rasa kecewa dan ketakutan, harapan dan impian aku luahkan, dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah. Selalunya aku terlalu asyik bercerita tentang diri aku hingga kadang-kadang terlupa teman aku juga ada cerita yang ingin dikongsi bersama aku.

Pernahkah aku memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa bimbangnya, rasa takutnya? Pernahkah aku menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan aku? Ikhlaskah aku mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya? Mampukah aku menjadi sumber kekuatannya seperti mana dia meniup semangat setiap kali aku merasa kecewa dan menyerah kalah?

Dapatkah aku yakinkan dia bahawa aku boleh dipercayai, aku boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah? Bolehkah aku menjadi bahu untuk dia sandarkan harapan?
Dia juga ada kelemahan dan dia juga perlukan teman sebagai kekuatan. Aku selalu melihat dia ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang aku sangka. Disebalik senyumannya itu, mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan,disebalik kesenangannya,mungkin tersimpan seribu kekalutan, aku tidak tahu..aku terlupa untuk ambil tahu

for nothing


I think it’s wrong but I feel good. Get me? Hari ni 12 November. Pukul 11 pagi aku pergi colgis untuk hantar paperwork. Then, pergi makan and patah balik untuk beli tiket ke KL. Balik DPP and singgah bilik JPMDPP. Wrote something there. ‘Sorry to say this, sharing is Nothing!!! Kalau berani face-to-face la!’ For what is that? For nothing I guess. But actually it’s for something.

Biarkan aku menjaga perasaan ini. Dan kali ini, jangan ada sesiapa akan buat keputusan untuk aku lagi. You are nothing. Step back from me. Stay away. Far away. Go anywhere but not here. Not in my heart. Not in my world. You unneeded!

I want myself back. I won’t say anything. Coz aku tak percaya dia. aku bercerita dan menjadi bahan cerita. Aku memberitahu bukan untuk diberitahu. Aku meluah bukan untuk diluahkan. Jika kau inginkan kepastian, bertindak la dimana aku sedang merasa sakit ini. Coz, this is not your pain. It’s mine. Keep hurting me till know and for tomorrow.

Promise is just like a snowball. Easy to make but hard to keep. Ehm, tak sabar nak balik rumah. Someone is waiting there. Miss you like crazy…

Exam pun dah nak habis. Mengorbankan masa untuk menyembang dengan awak adalah keputusan yang sangat sukar. Tapi, apa juga yang berlaku, semuanya perlu rasional. Realistik pada yang lebih perlu.

talk about....

Sejuknyerrr. Mandi tadi rasa macam menggigil sedikit. Siap basuh baju terus pergi lab. Mencari bahan untuk additional knowledge for final exam. Subject current issues. Then balik bilik dengar lagu. Ambik mood kejap sebelum study.

Tetiba rasa rindu nak balik. Nak balik! Kadang-kadang rasa macam tak tahan stay kat kolej. Rasa sakit yang tak terluah. Rasa benci yang tak mampu untuk ku kata. Atas alasan, sabar. Rasa macam nak tenangkan diri. Kadang-kadang aku harap, aku hilang ingatan. Supaya semua boleh start from pure zero. Clear.

Ok forget it.

Dah seminggu lebih si kawan nie tak call or message. Rasa pelik sikit. Then tak lama lepas tu dapat tau nenek dia meninggal. Kelam kabut nak balik, handphone pun tinggal. Malam tadi baru sembang sikit. Lately, dia adalah antara orang yang concern pasal aku. Walaupun dia tahu, mungkin takkan berbaloi. Walaupun dia tahu, dihujung semua nie salah seorang akan rasa sakit dan yang seorang lagi rasa bersalah. Aku la tu kot. Tiga tahun. Cukup lama penantian awak tue.
Kalau la aku nakal. Mungkin best ada kekasih separuh masa. Tapi kenapa aku rasa aku nie polos plus bendul sikit kadang-kadang. Maybe taknak ambik risiko. So, aku just straight to the point. Kalau taknak, cakap taknak. Kalau tak sudi, cakap tak sudi. Jadi takda yang tertampi-tampi. Takda yang ternanti-nanti and takda yang sakit hati.

Cumanya, lebih senang menggunakan alasan persahabatan. Dan aku harap aku tidak membiarkan setan berbisik dan bertepuk keriangan. Mempengaruhi aku si anak Hawa.
Kita takkan tahu apa yang menanti dihujung. Dan kita sendiri selalu lupa pangkal kita bermula. People keep changing. Hari nie siapa saja boleh kata sayang. ‘deep of my heart you are special and I hope it never end…’ Esok plak cakap, ‘Kita ikut jalan masing-masing…puaskan hati orang lain.’ Ambik kau! Tersentap dan terkedu. Whats going on? Why? Erghh.

So dalam apa juga keadaan, trust yourself most! Berhenti berharap. Dan jangan beri harapan yang kita sendiri takda keyakinan untuk itu. Dalam apa juga perhubungan. Percintaan atau persahabatan. Dua-dua menyakitkan.

Hari nie. Aku la si yulie yang dah hilang percaya pada orang lain. Sharing is caring. Konon. Sharing is caring. Caring is loving. Macam sedap jer bunyi rima kat belakang. Apa kata kalau aku lengkapkan. Sharing is caring, caring is loving, and loving is NOTHING.

Dolly suka sambung ayat nothing menjadi ‘something planting…’ Sengal. Sumandak sorang nie suka buat aku gelak. Opss. Panjang umur. Dia mesej ajak makan kat mall. Ehmmm. K la. Daa.

Friday, November 6, 2009

What’s up


Stay-up sampai dua tiga pagi. Study la kunun. Ntah la. Tapi itu la nawaitu aku. Lately memang busy banyak. Prepair untuk exam and paperwork untuk dua projek sem depan. Orang lain dah takda mood nak buat project, tapi aku dengan Dolly cari penyakit tengah time exam nie. Dua projek plak tue. Memang cari penyakit. Then, kami bedua tension sebab system SIRA yang problem kat sana, problem kat sini. Sampai kena contact dengan orang pusat computer. Semangat sampai macam tu sekali. Poyo la.

Sejak dua tiga menjak nie, memang ke hulu ke hilir dengan Dolly. Bila tension, kejap-kejap kol pergi makan kat Mall. Kejap-kejap pergi cycling keliling Kachi pastu maen Tennis. Maen tennis or main pungut bola tennis??? Aku pukul, Dolly kejar pergi pungut. Dolly plak pukul, aku plak terkedek-kedek kutip bola. Buat malu sumandak jer. Lepas penat-penat main buang tenaga, aktiviti menambah tenaga plak. Cehhh. Makan western food. Spagety dengan Butter rice. Sengal la. And naik bilik mandi. Pastu stay kat bilik JPM. Study. Rajin kita kan Dolly… Hotak laa. =p. Padahal bet nak dapat hadiah. Kononnya kalau Dolly dapat dekan, aku kena bagi hadiah. Kalau aku dapat dekan, Dolly kena bagi hadiah-hadiah. Hahaha. Kalau dua-dua tak dapat dekan, kita jalan-jalan round kat kedai hadiah k. Ok set!

Tiba-tiba satu petang lepas aku balik exam, aku dengan Dolly pergi makan kat Mall. Lepas tu ambik barang kat kiosk nak simpan kat bilik JPM. Dalam aku tengah mengantuk tue, aku tolong jugak laa. Then, aku landing kat kerusi JPM. Memang penat plus mengantuk. Malam sebelum tu tidur pukul 4 pagi and bangun pukul 7 pagi. Errgghh. Tengah syok-syok melayan mata yang nak tutup, si Dolly dengan idea spontan nyer, ‘Jom kita buat kek batik.’ What? Dalam hati aku cakap ‘ apa lagi nie Dolly? Dahla malas aku nak layan. Kalau kau nak buat, kau buat la sorang-sorang. Aku dah penat sangat nie. Nak tidur. Nanti bila kek dah siap, kejut aku.’ Nasib baik cakap dalam hati, kalau tak mau aku makan pelempang masak lemak cilia api dengan si Dolly nie.

Pastu, aku terdengar si Dolly sibuk bertanya bahan-bahan yang diperlukan untuk buat kek batik. Dengar-dengar semua lengkap. Jadinya, si Dolly paksa aku bangun teman dia ambik rice cooker kat bilik kak Dayah. Merungut la aku sambil teman dia tu. Aku sibuk merungut, Dolly sibuk membebel.

Lepas balik dari ambik rice cooker, aku tak kira. Aku nak rest. Lantak la. So, Dolly pun keluar masuk ke hulu ke hilir mengambil itu dan ini untuk kek batik dia tue. Tak lama lepas tue, Dolly bersuara ‘Macam mana la mau kasi keras kek batik nie yul?’ Tanpa membuka mata aku menjawab, ‘Pegi la ambik talam.’ Then aku perasan Dolly bangun ambik talam. Pastu dia tanya lagi, ‘Talam yang nie boleh kah?’. Aku buka mata and tengok talam yang dia pegang. ‘Yang ada pengadang tiada kah?’. Dolly jawab, ‘Tiada’. Aku balas, ‘Bekas?’. Dolly lagi ‘Tiada.’

And after that, aku lupa satu dialog antara kami. Tapi sounds like Dolly kebingungan untuk siapkan kek batik tue. So, nak tak nak, aku bangun. Guess what? Owh My Goddd! Kek batik or air Milo masak mentega? ‘Dolly, bukan begini buat nyaaa. Kalau begini, mana boleh keras kek batik nie.’ Dolly pun dengan muka innocent nya. ‘Tadi saya tanya kamu, kamu cakap tak tau. Saya mana tau. Saya just ikut cakap kak Dayah.’ Tiba-tiba aku hilang mengantuk. Bangun tengok list yang Kak Dayah bagi. Ehmm. Patut la. Kak Dayah just bagi instruction yang simple. Jadi, si Dolly yang sengal nie main buat jer.

Lepas berfikir tak berapa panjang, aku pun ambik phone kol mak aku. Melalui phone, aku pun catat cara-cara nak buat kek batik tu kat white board. Si Dolly plak pegi buang sume kek salah buat dia tue. Then, tiba-tiba satu keyakinan datang nak buat kek tue together. Aku said, ‘Ok Dolly saya buat, kamu sukat bahan yah.’ Laju jer kami sepakat. Si Dolly mengambil mentega and panaskan. Just imagine macam mana kami berdua membuat revolusi buat kek guna rice cooker. Bekerja keras la kami menggaul bahan-bahan tue. Sambil dua-dua membebel. Last sekali, masukkan Vico and biskut Marie yang telah siap dipatah-patahkan. Gaul lagi sampai semuanya tepu. Fuh! Akhirnya…Happy ending. Siap! Cepat cari bekas. Ok jumpa. Yeh! Aku pun buat ikut cara mak aku yang aku pernah tengok kat rumah. Huhuhu. Bau kek memang dah ngam dah. Letak dalam peti ais. Biar cepat sejuk.

Dah penat-penat buat kek, aku pun kemas sikit bilik JPM. Dolly tengok tv. Pastu balik bilik. Dalam pukul 9.30, aku datang bilik JPM and tengok si Dolly sedang sedap menyantap kek batik kami tue. Wahhhh! Sedap gak. Seumur hidup aku, ni la first kek yang aku buat. Memang aku takkan boleh lupa. Ok Dolly. Jom ambik gambar kek kita nie… Aku pun kol mak. Teruja untuk bagitau kejayaan anaknya. Huhuhu.

Bila dah kenyang, tengok tv. Tajuk cerita ‘Bat’. Memang best. Dolly menonton dengan penuh penghayatan. Sengal la kau.

Siang tadi, sibuk lagi mengurus paperwork. Dua-dua tension. Yang aku puji, walaupun kami sama-sama tension tapi masing-masing control emosi. Kunun. Aku relax kan mind dengan baring kat kerusi JPM. Dolly plak balik bilik. Study. Pukul 7.30, Dolly kol. Ajak makan. Dalam hujan kami redah jugak. Sambil makan, menyembang pasal hal tension siang tadi. Then, gelak balik.
..............................................................................................
Everyhting looks fine. Sometimes, bila aku mula ketawa aku rasa aku terlupa something. Macam ada yang kurang. Well maybe. But, let it go.Teringat semua nya balikkk. Sakit. But I’m fine. Sure I’m fine. Yes. Let me..

antara kawan yang mahu dan kawan yang perlu

Lately rasa tertekan sedikit dengan banyak benda. Bingung dan yes aku marah. Dan memang kita perlukan seorang kawan yang boleh bagi kita advice. Dulu, aku rasa aku berkawan dengan semua orang. Aku rapat dengan certain orang or maybe satu hingga empat orang. Mungkin aku lebih senang dengan mereka diantara yang ramai-ramai. Dan dalam apa juga perhubungan, mesti ada konflik. Konflik yang datang menguji. Konflik yang datang untuk menyedarkan kita yang hidup bukan hanya untuk ketawa.

Lambatnya aku faham semua ni. Tapi apa pun, aku dah sedar sekarang. Syukur kepada Tuhan yang tetap bagi aku kekuatan untuk berpaut. Thanks jugak untuk kawan aku yang sengal Dolly. Sometime bila kami duduk menyembang pasal hal-hal DPP or anything la yang mewujudkan komunikasi kami, si Dolly nie akan cakap benda yang rasional. Bila aku cakap pasal masalah study or projek, dia akan bagi respon yang agak pro. Dia takkan sokong kalau rasa tak betul. Kalau aku salah, dia akan cakap salah. Memang sakit hati jugak kadang-kadang, tapi come on la. Open your mind. Apa yang dia cakap ada betulnya. Nampak jer sengal, tapi matang jugak sumandak sorang nie.

Paling tak bleh lupa, ada satu malam tu aku cakap risau pasal exam. Tak study lagi. Just baca sikit. Maka bertanya la si Dolly nie tentang tarikh exam and paper subject apa.

Dolly :Bila exam kamu start?
Yulie :Tanggal 3. Lepas tu direct lagi tanggal 4.
Dolly :Yang Asas Keusahawanan tu tanggal berapa?
Yulie :Tanggal 4.
Dolly :Yang tanggal 3 tue?
Yulie :IT Project Management.
Dolly :Susah ka senang?
Yulie :Banyak mau kena baca. Mau hafal lagi.
Dolly :Bah begini. (sambil jarinya mengira ada lima hari lagi sebelum final) Dua hari nie kamu baca asas keusahawanan. Lepas tu dua hari lagi, baca lagi yang satu. Lagi yang satu hari kamu focus subject untuk exam esoknya.

Time nie aku kat bilik dia sedang berbincang pasal projek BAKSIS sem depan. Ok la Dolly. Thanks for your advice.

Dulu, bila aku ada masalah. Aku rasa aku nak cakap dengan orang yang boleh sokong aku. contohnya bila aku luah masalah pasal coursemate aku. Aku nak orang yang dengar tu backing aku. Sebab dengan cara tu, aku rasa aku puas dan difahami. Itu kawan yang aku mahu.

Sekarang, bila aku ada masalah. Aku akan cakap dengan orang yang bagi tunjuk aku jalan. Bila aku ada masalah dengan someone, dia tak menyebelahi aku kalau dia rasa aku salah. Tapi dia akan bagi nasihat. Bagitau apa yang sepatutnya aku patut buat. Dengan cara ni, aku rasa lega dan dimengerti. Ini kawan yang aku perlu.

Mungkin…mungkin. Aku mahukan seorang sahabat yang selalu ada dan bersama. Bermain dan menangis bersama. Tapi sebenarnya, aku tak perlukan sahabat. Atau mungkin sahabat tidak tercipta untuk ku. Dan yang hanya aku perlu adalah seorang teman yang bersedia mendengar setiap bicara. Dimana, aku bersedia untuk memberi dan dia terbuka untuk menerima. Bersama mencari jawapan dan jalan untuk setiap soalan dan kekusutan.

Tidak mahu terlalu memuji kerana segalanya masih terlalu awal untuk aku berkata-kata. Dan tidak mahu juga aku dikeji jika aku mencari kamu hanya bila perlu. Semuanya masih bercalar. Jadi aku harap, biarkan segalanya nampak mudah. Tidak seperti dulu. Aku tertinggal dibelakang dan kepenatan berlari kedepan.

Aku hanya mahu berada didepan tapi dan hanya jika kamu disebelah. Seiring dalam perjuangan ini. Jika aku tertinggal, kamu menoleh dan menunggu. Jika aku terkedepan, kamu memanggil dan aku tersedar dalam kesilapan.

Dan bila kita sampai disatu persimpangan, kita akan memilih jalan yang kita perlu. Meninggalkan satu sama lain dengan doa yang masih seiringan sambil ada lambaian kehibaan tangisan.


Sunday, October 25, 2009

bengang


Baru balik dari melepak dengan kawan yang agak rapat dengan aku sekarang. Mesti tertanya kenapa aku tak mention nama si ‘kawan yang agak rapat’ tu kan? Dengan niat suci just turun ke pasar malam coz dia ajak. Then, kebetulan otak aku pun penat study untuk kuiz isnin ni so aku pun setuju. Mula-mula kitorang pegi kedai-kedai dekat mall. Ada la tujuannya tapi malas nak explain. Then, kitorang pegi ke misi asal. Beli makanan kat pasar malam then lepak kat kerusi batu dekat parking kerete blok D. Sambil makan-makan, si kawan ni pun menceritakan something yang membuatkan aku menulis entri ini. Something yang menyakitkan hati sebenarnya.

Just imagine, apa perasaan anda bila ada orang cakap jangan percaya pada anda??? Sakit hati tak? Bukan setakat sakit hati, bengkak hati jugak aku rasa sekarang nie. Aku bagai nak gila mencari jalan penyelesaian, tapi orang tu naik gila juga membuka jalan persengketaan.
Ada orang dengki ker aku kawan dengan si ‘kawan yang agak rapat’ tu??? Ker rasa tergugat? Terancam? What is in your mind actually??? Tell me true. Fine.

Jangan buat aku mula rasa menyesal. Jangan buat aku mula benci kamu. Jangan buat aku jadi bukan yulie nurafnie. Thanks to si ‘kawan yang agak rapat’ tu yang buat aku bertahan tanpa melawan. Sukar bagi aku berperang dengan perasaan sendiri. Penat. Letih.

Sudah la aku dihukum tanpa aku tahu sebabnya. Orang tu nak main belakang pulak. Kadang-kadang aku harap, aku pun akan mudah benci kau seperti kau membenci aku. Tapi Tuhan, plizzz. Don’t, make me that. Berfikirla secara matang yulie.

Demi Tuhan, jika aku yang bersalah hukum la aku dengan seadilnya. Dan jika aku sedang dianiaya, lindungi la aku dengan sebaiknya. Dan jika ini ujianMu yang ku tidak faham maknanya, berikan aku petunjuk seterang-terang nya agar aku redha. Agar aku terima dengan hati yang rendah mengharap ada hikmah disebaliknya.

Tak mau nangis lagi sebab benda macam nie. Tak mau fikir lagi. Tak mau ingat lagi. Did you get me??? Apa-apa hal yang bersangkut-paut dengan aku, pliz direct to me. Jangan blame sesiapa. And jangan ingat sesiapa cuba mengapi-apikan sesiapa. Don’t judge me like before coz I never did it. Sesiapa mampu berubah. Sesiapa juga mampu menjadi yang lebih baik dari hari ini jika kita memberi dan membuka peluang. Jadi, jangan melatah dan tersungkur kerana emosi dan ombak minda mu yang kelabu!

Kalau kau rasa kau betul, kenapa diam dan bersembunyi? Kalau kau rasa kau dah matang, ayuh face to face! Berbicara dengan all out.

Aku dah tawar hati. Let me stay away. Urgghhh! Damn it!

Kenapa airmata nie keluar? Stupid! Jangan nangis yul. Jangan. Be strong. Keep strong. If there are so many stars smiling at you, be the SUN and keep giving the shine. Erghhh. Just maaf bila aku tak mampu jadi yang sesempurna mungkin. Babai.

Siapa aku 5 tahun lagi?, teka-teki dan forget blog stuyz


23 Oktober hari tue, ada aktiviti makan-makan kat Kuala Perlis. Aktiviti makan-makan yang hanya melibatkan AJK dan fasilitator program Nawaiti Palastien 2 under Cuya. Cuya adalah naib presiden JPMDPP. Muda setahun dari aku dan kami-kami yang lahir 1987. Tapi satu level jer coz dia pun semester lima jugak sekarang.

Mula-mula kitorang bekumpul kat depan pejabat DPP SME Bank dulu then bila semua dah sampai, barulah kitorang gerak ramai-ramai. Antara JPMDPP yang terlibat adalah Kak Dayah, Cuya, Trexx, Dolly, Lian, Ika and aku si cute. Hee. So nak pegi Kuala Perlis tue, aku, Kak Dayah, Dolly dan Lian naik kereta Ika.

Pendekkan story, kitorang makan-makan dalam pukul 8.30 pm. Itupun dah kebulur menahan lapar. Si Trexx dengan si Dolly yang sengal tue, siap main curi-curi makan lagi. Ehmmm. Aku ignore jer la.

Bila dah kenyang, kitorang move ke taman permainan kanak-kanak. Aku dengan Dolly main jongkang-jongkit. Hahaha. Kelakar plak. Sengal la kami berdua nie. Sampai rasa macam nak terhumban jer aku time main tue. Yang si Dolly plak seronok gelak-gelak. Poyo punye Dolly. Lepas panat main jongkang-jongkit, kami main buaian la pulak. Kanak-kanak riang la kata kan. Memang rasa free la minda time tue.

Then, kitorang lepak kat tepi tembok kat pantai. Duduk mengadap laut ditemani bebintang dan bulan sabit. Jiwang ayat. Time tue, Ika ngan Lian dah lepak lama. Kak Dayah ngan Trexx lepak kat area situ jugak. So, kitorang berenam duduk berkumpul sambil sembang-sembang. And Kak Dayah tanya, ‘apa yang akan jadi kat korang lima tahun lagi?’ wah. Menarik jugak soalan nie. Masa tue, maybe tak semua yang concentrate kat soalan Kak Dayah coz suasana bising sikit. Tapi aku jawab, ‘Maybe time tue saya dah jadi isteri orang, dah ada kerja and…’ bla bla bla. Lepas tu si Dolly tanya, ‘Apa?’ . Aku pun tanya balik, ‘Apa kamu akan jadi lima tahun lagi?’ Jawapan Dolly lebih kurang dengan aku. Aku tanya lagi, ‘Kamu akan jemput saya bila kamu kahwin nanti?’ Dolly jawab, ‘Of course la saya jemput kamu.’ Pastu kami bincang pasal bisnes la pulak. Konon nak collaborate. InsyaAllah.

Lama jugak kami menyembang. Masing-masing dengan angan-angan masing-masing. After that, Cuya ajak balik. Ok bos! Kak Dayah said ‘Ok. bala tentera jom balik!’ Hahahaha. ‘Bala tentera’ means, aku, Ika, Dolly and Lian coz kitorang car-mate. Hee. Masa on the way balik, Dolly story cerita lucu. Aku layan jer. Lian duduk sebelah aku layan lagu. Kak Dayah menyembang dengan Ika. Pastu timbul idea nak main teka-teki dalam kereta untuk naikkan mood. So, aku pun keluarkan la teka-teki sengal. Bukan aku sorang, tapi dengan Dolly jugak coz kitorang pernah main teka-teki sebelum ni masa Seminar ANGKASA kat Langkawi hari tue. Berderai la ketawa kami berlima. Ada sekali tue aku tanya, ‘Apa benda yang masuk segitiga tapi keluar begulung?’ Penat la si Ika dengan Kak Dayah pikir jawapan. Pastu dorang mintak jawapan. Dolly said, ‘Jawapannya selepas lagu ini.’ Masa tu memang tengah on radio. Hahaha. Then Dolly jawab ‘Jawapannya ialah seluar dalam Yulie.’ Sengal Dolly. Kenakan aku yah. Pastu aku jawab, ‘Iya la. Seluar dalam kamu masuk segitiga tapi keluar terus belipat.’ Mengekek la kami ketawa.

Macam-macam la kami nie. Happy walaupun sometime ada yang mengguris hati. Mungkin ada yang dengki atau tak senang hati melihat aku senang hati. Jelez? Owh come on. Jangan rampas apa-apa lagi dari aku. Ambil pergi semua yang pernah menjadi milik mu. Tapi tinggalkan separuh untuk ku. Kerana tidak semua milik mu. Sekarang, bagi aku peluang untuk buat keputusan.

Owh ya. Ada sedikit berita mengejut. Maybe, blog stuyz akan didelete coz tetiba rasa macam tak larat nak mengupdate kedua-duanya. So, blog yuliezzz jer yang berupdate nanti. Why? Something wrong? No la. Just nak focus pada yang satu. Just anggap, aku juga boleh berubah.


Tuesday, October 20, 2009

special entri for Trexx

Hari nie (19 Okt) dalam claz IT Project, aku sibuk on-line and chatting dalam facebook. Well, antara insan-insan yang chatting dengan aku at that time adalah jeng jeng jeng Kak Fie, Emelia, Dolly, and Athyrah a.k.a Trexx.

Menyentuh tentang tajuk entri nie, mesti ramai yang bertanya, why ‘special entri to Trexx’ ? Well, tengah chatting tue Trexx mintak pendapat. Rasa macam nak tulis balik dialog kami tue tapi sorry aku tak ingat. Kalau dialog mesej sure aku akan salin seketul-seketul. But never mind la, Trexx said ‘setuju tak kalau aku kata menyintai tak semestinya memiliki?’. Yah. Absolutely aku setuju. Aku just cakap, ‘Jika kita cintakan seseorang, maka merdekakanlah dia.’ Segalanya pasti akan berbaloi. Lambat atau cepat.

Tak ada manusia yang inginkan kekecewaan tapi itu tidak bermakna ada permit untuk kita wujudkan paksaan dalam mencapai satu-satu hajat dan impian. Percayala, kita seringkali meminta apa yang kita mahu tapi Tuhan akan memberi apa yang kita perlu. Anything happened with a reason.

Cinta? Huh! Kalau nak elobrate tentang cinta, terlalu general dan luas. Ok la. Bagi memenuhi permintaan Trexx yang nak aku tulis tentang benda nie kat dalam blog, so aku tulis jugak la.
Kalau aku ditanya apa itu makna cinta, aku akan jawab ‘Ianya satu perasaan yang datang tanpa dipinta. Perasaan yang datang tidak bersebab. Perasaan yang menyebabkan kita ingin menjajah perasaan si dia.’ Bila kita sayang, kita akan ada keinginan untuk tahu segala-galanya tentang dia. Even benda tu sesimple zarah. Segalanya terasa indah. Rindu, sayang dan cemburu. Yah. Felt it?

Tapi bila aku ditanya apa itu makna kecewa, aku akan jawab ‘Ianya satu azab dimana aku berasa lemas dalam debar mengharap dalam lautan kekeliruan. Perasaan sakit bila terasa keinginan aku bukan impian dia. Harapan aku bukan mimpi dia.’ Kita akan rasa, I want but I cant. Pernah rasa macam nie? Yah. Aku pernah. Almost two years ago.

To trexx, why asked me this? Did I miss something which I supposed to know? Come on…tell me what and tell me why. Desire to know it.

Satu saat kita akan rebah, tersungkur dan jatuh. Kita rasa macam taknak bangun. Give up. Lantak la. But, aku bercakap berdasarkan pengalaman. Its not working. Life must go on. Bila segalanya kelihatan kian hilang, ingatlah masa depan masih ada.

Something happened to me. In this year jugak. Dan aku memilih untuk berikan space selebar-lebarnya pada diri aku dan dia. Kita dah dewasa dan matang. So, berfikirla seperti itu. Hari ini, aku masih meneruskan liku hidup. Sebab aku tahu, seperti yang pernah aku kata ‘Tuhan takkan uji kalau kita tak mampu.’

Perasaan sering mengelirukan tapi hati tak pernah menipu. So, akal kita dikuasai oleh yang mana? Think about it.

As a conclusion, =p no matter happened hidup kena sentiasa ready. Mental kena kuat. Hati kena tekad. Tiada paksaan dalam perhubungan so jangan wujudkan paksaan. Keep loving and keep loving. Semuanya akan berbaloi. Itu pasti. Sebab takdir itu dihujung usaha kita.

Jangan sesekali berubah untuk memiliki cinta tapi berubahla untuk menjadi yang lebih istimewa. Athyrah, you’re someone special. Maybe not for world but for who love you as you are. As special as you. Who meant to be with you. Your destiny.

Trexx you are loved. Always. You get what you give. Athyrah you are remembered. Forever till the end. You smile with scaled with a kiss.

P/s ; blerrr tak? =p

Monday, October 19, 2009

here i'm once again


Masa aku tengah menulis entri untuk blog aku yang bertajuk ‘itu dan ini’ pada 15 oktober 2009, pukul 11.15 am, aku dapat call from unknown number but seem familiar with me. Just jawab call tue and terdengar suara Dolly. ‘Hello. Kamu dimana?’. Aku jawab, ‘Dibilik. Kenapa?’ . ‘Kamu tak ikut pergi Langkawi?’. Aku jawab lagi ‘Tidak. Malas saya.’ Dan Dolly, ‘Si Lian tarik diri last minute nie. So macam mana? Mau cari orang ganti ka tu ya?’. Dengar je Dolly cakap macam tue, aku terus call kak Fie. Kak Fie jawab tapi dalam suara yang sedikit berbisik coz time tue dia tengah dalam claz. Kak Fie cakap lagi, kalau takda orang ganti takpa, kalau ada lagi bagus. Then aku pun inform balik kat Dolly. But Dolly suh aku join. Dahla dia cakap nak gerak pukul 11.30 coz semua peserta kena berkumpul kat Mall Campus kul12. Menjerit aku dalam talian and said ‘Gila kah? Sekarang sudah jam berapa? Saya tak kemas apa-apa lagi. tak tau apa yang mau dibawa.’ Dolly, ‘Bawa sak la baju kurung dua pasang, barang mandian…’ bla bla bla. Hello…seumur hidup aku, tak pernah lagi aku packing last minute nie. Memang gabrah. And tercetus sedikit bara-bara api kebengangan. And still remember ayat ‘Suka hati kau la!’. Fine, at that time aku decide taknak pergi. But after that, aku terdengar bunyi tapak kaki orang datang and pintu bilik diketuk. Wajah Dolly yang sengal. Direct jer dia duduk kat katil. She said, ‘Ok sekarang kamu ikut cakap saya. Ambik beg kamu.’ Dalam pada itu, mulutku berkumat kamit bilang taknak. Spontan jer ayat Dolly, ‘Jangan sengal. Cepatla kemas. Masih sempat lagi. Mulut tu diam. Tangan tu yang bergerak. Bukan mulut.’ Sedikit geli hati mendengar ayat spontan Dolly. Melihat Dolly datang sambil tangannya memegang jarum benang menjahit begnya. Sangat terharu. Dan aku pun tetiba jadi sengal jugak mengikut segala arahan Dolly satu persatu. Main sumbat jer. Macam buang sampah dalam tong. Just macam tu la nasib baju bajuan aku. Hahaha.

Lepas siap aktiviti packing. Bukan packing, menyumbat sebenarnya. Aku iron tudung and pakai. Pastu ambik sweater and sarung. Means, aku tak tukar baju punnn. Memang koboi la. Then, tunggu depan ofis. But actually aku dah mintak tolong Fika datang ambik bawak kitorang pegi Mall Campus. Suddenly, Dolly cakap ada orang call Zetty bagitau yang someone akan jemput. Pihak CEDI katanya. So, Fika datang sia-sia. Sorry Fika. Bukan main lagi aku call tadi cakap urgent but at last, tak jadi. Pendekkan cerita, kitorang pun dijemput masuk ke Campus. Naik bas and gerakkk. Tapi sebelum tu, kak Fie datang jenguk kitorang. Thanks Kak Fie.

Dalam bas, aku duduk sebelah Dolly. Menyembang sepanjang perjalanan ke jeti Kuala Perlis. Dolly story cerita pasal Pangkor and si Isteri driver bas jeles coz something yang malas aku nak explain kat sini. Sempat jugak kami bercerita pasal tempat yang paling ingin dilawati. Aku said Rom and Mesir.

Sampai kat Jeti, kami bertiga pergi makan cucur udang and pasembo kat restoran berhampiran. Untuk wakil DPP SME Bank, ada tujuh orang. But yang empat orang tu budak sem satu. Of course dorang berempat tu kenal kitorang coz muka kami bertiga la yang meraging time orientasi diorang. Raging ker???

Pukul 2.30, Feri kitorang bertolak. Aku duduk kat tengah. Kanan, Zetty and kiri, Dolly. Dolly khusyuk tengok movie kat feri tue. Zetty plak lentok kat sebelah. Kesian plak aku tengok muka dia. Seem like dia pressure with something. Nak tanya but something macam sekat aku. So, no matter what, hope she fine always.

Sampai kat Jeti terus naik bas menuju ke Seaview Hotel. Tajaan dari pihak ANGKASA. Satu bilik, dua orang. Dolly dengan Zetty duduk sebilik. Bilik 620. Bilik aku 621, betul-betul berhadapan dengan bilik diorang. Mula-mula tu aku takda roommate. So, acting macam dunia ni anta yang punya. But at that nite, roommate baru datang. So, hak mutlak ditarik balik.

Sepanjang tiga hari dua malam, everything looks very exclusive for us. Bab makan, memang punchual. Semua hidangan kami rasa. Tapi bab seminar, perghhh. Memang kitorang tak layan. Just imagine, penceramah sibuk bercakap kat depan, kitorang bertiga sibuk menconteng, menulis and main teka-teki sambil gelak-gelak mengekek. Nasib baik duduk kat belakang. Kalau duduk kat depan, dah lama kena kueafohekong. Hahaha.

Hari kedua tue lepas penerangan modul ketiga, peserta diajak bersiar-siar ke Beras Terbakar and another place. But aku tak join dengan alasan aku dah pegi tempat tue. So, petang tue aku tidur kat bilik sorang-sorang sampai terlupa waktu. Ada sekali tue, dalam mamai aku terdengar telepon bilik berdering and aku angkat but aku just pegang gagang telepon tapi tak cakap pape and continue tidur. Tersedar dengan perangai serabai tue, aku pun letak gagang tu kat tempat asal and sekali lagi ia berdering. Rupanya salah seorang adik sem satu call ajak turun makan and dia bagitau Zetty dengan Dolly tunggu kat lobby. Owh God. Tak sedar dah nak pukul 8. Aku mencari handphone and tengok ada dua miscall and satu message ‘jom mkn..km tunggu d bwh..’. Erghhh. Takpela. Tak rasa lapar pun lagipun dah lewat and aku still dengan baju kurung tak mandi lagi. Just forget the dinner.

Hari last kitorang tamat before 12 pm. And kitorang check out then take our last lunch. Time makan tue kitorang bertiga menyembang and something touched my heart there. But lets forget it. After lunch, kitorang pergi Pekan Kuah and Idaman Suri untuk aktiviti yang tidak tersenarai dalam tentative program dan tidak termasuk dalam tajaan pihak ANGKASA. Guess what? Ya betul. Jinak pun anda semua! Shopping! Tapi disebabkan aku, Dolly and Zetty dah datang Langkawi awal sem baru-baru ni so aktiviti menghabiskan ringgit Malaysia ni tak menarik minat. Just beli sedikit coklat and special gift for my friend E bukan nama sebenar. Rasanya selama berkawan dengan dia, tak pernah lagi beli pape kat dia. Well, maybe takla special but the special thing is dia sorang jer yang dapat cenderahati dari aku yang dibeli dari Langkawi. Maksud yang cuba disampaikan to my friend E ialah you are never forgotten. Cehhh. Skema ayat.

Sebagai kesimpulannya, aku menghargai percutian free nie. Cuti ker? What ever la. But, aku menganggap ianya cuti. Special thanks to Dolly yang sengal coz berjaya menarik aku ke Pulau Lagenda tue. Something happened with a reason. I saw that. Thanks to Allah. Don’t make me miss dia lagi… Did you get me???

itu dan ini


Salam satu Malaysia. Cehhh. Ok. Serius. Dah lama tak update blog nie. Tak tau kenape, rasa macam sedikit malas. Rasa tak tau nak tulis ape even sebenarnya banyak benda yang nak share dengan dunia nie. ok la. Aku mulakan story dengan aktiviti aku lately k.

Selasa malam, ada jamuan rumah terbuka Blok A + Biro Keusahawanan kat rumah Felo kitorang, En.Uda. So, petang tue memang aku sibuk giler-giler menguruskan khemah, setting sound system and benda-benda yang memerlukan kerahan tenaga lelaki. Nasib baik la En.Uda dapat exco yang brutal macam aku nie. Bab angkat mengangkat nie memang tak jadi hal sangat. Kalau kat rumah pun, aku la anak solehah yang mengangkat tong gas bila gas dapur dah habis. Puji diri sendiri tue. Tak tahannn.

Malam tue, aku dengan Zaza merangkap timbalan aku, sibuk plak melayan tetamu. Ok, pengakuan jujur dari cik yuyul. Aku tak suka function. Diulangi, aku tak suka sebarang bentuk majlis keramaian yang melibatkan kehadiran manusia-manusia yang aku tak kenal. Sebelum aku pegang jawatan Exco Biro Keusahawanan, aku tak pernah pegi pun jamuan Biro. Tapi sebab aku dah pegang jawatan nie, aku kena la pikir secara matang. Tanggungjawab aku tidak hanya terbatas dengan pelaksanaan projek under Biro but more than that.

Ingat lagi masa kat Sabah. Masa tue kenduri majlis kahwin kakak sepupu aku. Aku just datang tunjuk muka, makan sikit and balik rumah tengok tv. Takde maknanya aku nak menggedik pegi menyanyi karaoke or what so ever. Tapi aku tak kata la yang berkaraoke tu gedik. Hee.

Back to before. After majlis tue, aku dengan Zaza sibuk plak mengemas itu dan ini. And En. Uda nak kitorang turunkan khemah. Perghhh. Aku no hal jer but fikir la kan, time tu dah tengah malam and gelap and tenaga perempuan. Lain la kalau dorang tu spesis macam aku yang lasak sikit nie. Aku cakapla, bahaya. Takut ada yang cedera coz bukan senang nak turunkan khemah tue. Tapi En.Uda tu degil. Nak jugak. Ok fine. Disebabkan aku sorang jer yang tau step menurunkan khemah tue, so aku pun guide. Semua ok and berjalan lancar atas arahan aku. But suddenly, time nak menanggalkan pelosok besi tiang khemah, tiba-tiba tangan Zaza tersepit. Walaupun tak parah, tapi cukup buat aku marah tanda aku protes. Then after that, baru la En.Uda suh stop. Geram betul aku.Kesian Zaza.

Dalam nak pukul 2 am, baru la aku dengan Zaza balik bilik. Memang letihhh. So, keesokannya means semalam aku tak pegi claz Asas Keusahawanan. Badan aku terasa sakit-sakit. Pagi tue, aku dikejutkan oleh Kak Fie. Ada orang nak pergi Langkawi tak??? Free tauuu. Hahaha. Aku pun mencari suspek yang berminat bab-bab macam nie. Then, dapatla gak. Aku pun bangun dari katil and mandi and terus pegi bilik JPM. Yang ada kat situ, Afni and Kak Fie. Afni sibuk buat kapal terbang, bot and ntah apa lagi ntah untuk subjek Francis dia tue. Kak Fie plak sibuk kol orang sana sini untuk itu dan ini. Kesian plak aku tengok dia sampai terponteng claz. Ada suku kata ‘ter’ means tak sengaja laa. Haa.

Tak lama lepas tue, rasa lapar plak kami bertiga nie. So, pegi makan kat luar and pegi changlun coz kak Fie nak beli bun kat Fairy. Kebetulan, Nabil mintak pesan nasi ayam kat Marry Brown. Pastu, hantar Afni pegi Dewan Serbaguna DPP TM coz nak pamer hasil kerja dia tadi. Aku dengan Kak Fie balik DPP terus. Dalam pukul 3.30 pm aku balik bilik nak kemas-kemas bilik, and get ready pegi claz kul 5 pm. Untuk claz petang tu, aku just pakai t-shirt lengan panjang and jeans. Sempoi.

Balik claz, singgah kat bilik JPM dengan niat suci nak basuh cawan yang aku tinggal tadi. Tapi kak Fie cakap, dia dah basuh. Eh silap, ayat dia macam nie ‘Ada tuan puteri yang turun dari langit tolong basuhkan’. Aku pun cakap, ‘Terima kasih la kat tuan puteri tu yee’. Time tue Afni sibuk lagi buat slide presentation dia dibantu oleh bestfriendnya tak lain dan tak bukan, Nabil.

Azan berkumandang. So, kitorang decide nak balik bilik. Aku pun take rest. Niat dihati nak lelap jap and set nak bangun kul 9 pm untuk study. Kunun. Baru nak lelap, pintu dibuka tidak berketuk. Nasib baik aku dalam keadaan yang sempurna. Tak bogel or tak berkemban. Amy!!! Dengan muka innocent tanpa salam, ayat dia direct jer ‘Jom kuar. Siap.’ Dalam keadaan aku yang tak habis terkejut, aku dikejutkan lagi dengan plan mengejut dia tue. ‘Haa??? Nak pegi mana?’. Amy jawab, ‘Pegi Kuala Perlis. Lepak.’ Fuhhh. Wait a minute. Blerr sekejap. Amy cakap ‘Cepat la besiap. Kak Dayah dengan Kak Fina pun tengah bersiap nie.' Ohhh ok. Laju jer aku pegi ambik sweater merah aku and letak bedak sikit and blah.

Amy, aku, Kak Dayah and Kak Fina. Ok. Dah cukup forum. Jom gerak. Amy drive. Aku duduk sebelah melayan lagu. Mula-mula kitorang singgah changlun dulu. Kak Fina nak beli something. Pastu baru la ke destinasi yang dituju. Huu. Makan kat tepi laut. Memang hilang tension. Kak Fina pesan ikan bakar. Kak Dayah pesan kerang bakar. Amy pesan sotong goreng. Aku plak pesan tomyam. Syok la. Makan sambil bergurau senda itu dan ini.
Jumaat nie, kitorang plan nak pegi Gua Kelam plakkk. Hahaha.
………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
Kalau dia ada mesti best gak kannn? Tapi sekarang dah lain. Kau engkau, aku daku.

p/s ; entri ini ditulis pada 15 oktober and di post hari nie. =0

Sunday, October 4, 2009

rayaku di Terengganu


Seperti yang aku dah maklumkankan kat you all sebelum nie, tahun nie aku sambut raya kat Terengganu. Lebih spesifik lagi kat daerah Marang. Lebih spesifik lagi kat Kampung Durian Penjara. Al-maklumlah, beraya kat rumah orang yang first sekali kene tau background family yang bakal aku tuju. And sepanjang kawan dengan Mira, dia dah cerita banyak pasal family dia. Second thing is, kene tau adat. Well, setiap tempat ada adat yang tersendiri and as visitor, kat mana bumi dipinjak kat situ langit kene dijunjung. Dan yang ketiga, kene ingat nawaitu datang tempat orang. Yup! Aku datang nak beraye sambil mengenali budaya orang Terengganu yang pastinya ada perbezaan dengan budaya aku yang berasal dari Sabah.

17 hb malam. Seperti yang dijanji, bas akan datang pukul 10 malam. Aku dan Mira mengusung beg kira-kira pukul 9.30 malam menuju ke ruang hadapan pejabat. Wow! Macam Puduraya versi SME Bank plak. Students-students sedang menunggu bas masing-masing. Bas plak asyik keluar masuk memenuhi tempat parking berganti-ganti. Jumpa member-member yang juga nak bertolak pada malam yang sama, ehm apa lagi…saling bersalaman memohon maaf dan biasalah orang perempuan…bukan takat tangan yang berjabat, tapi pipi pun kena bersalam gak. Hee. Did you get me???

Perjalanan bejalan dengan lancar. Aku duduk ditepi tingkap. Suka menyaksikan pemandangan ketika dalam perjalanan jarak jauh. Agak kurang selesa nak melelapkan mata kat dalam bas tue coz kerusi tak empuk. Yah, aku pun terkenangla kat bantal peluk aku yang tiga bijik kat bilik tue. Rindu korang…=(

Dalam perjalanan tue Mira pesan ‘yul, panggil la mak ayah aku mak dengan ayah. Jangan panggil makcik dan pakcik.’ What? Aku pun tanye ‘napeee?’ Mira jawab, ‘ala…kawan-kawan aku yang datang rumah semua panggil mak dengan ayah lagipun mak aku cakap dia lebih selesa macam tue’. Aku pun cakap ‘tengok la macam mana nanti.’

Akhirnya aku and Mira tiba di Perhentian Bas Kuala Terengganu kira-kira pukul 7.00 pagi. And untuk sampai ke Kampung Mira, kitorang tumpang kereta ayah Dayah yang actually sebas dengan kitorang sepanjang malam. And actually lagi, kampung Dayah berdekatan dengan kampung Mira.

Dalam kereta ayah Dayah, Mira pun jadi tourist guide. Ok, disini aku lampirkan tentative aktiviti aku yang telah berjalan sepanjang seminggu disana;

18 September

Tiba di rumah Mira kira-kira 7.45 pagi. Ayah Mira sambut kedatangan kitorang kat pintu. And masuk rumah. Assalamualaikummm. Urhhh. Segannya. Then jumpa mak Mira. Salam dulu and borak-borak kosong. Sekadar berbasa-basi. Tapi aku mula terasa keramahan keluarga ini. Buat aku rasa selesa. Arghh. Mengantuknyaaa. Mira suh pegi masuk bilik, rehat. Wahhh. Sejuknya suasana pagi kat kampung nieee. Tak sabar nak topup tidur. Aku pun mula mencari keselesaan dalam kemamaian. Mira datang bawak selimut. Thanks Mira. =).

Aku terjaga pukul 10 pagi. Mencari kelibat cik Mira didapur. Malam tadi dia cakap nak buat kuih hari nie. Yahhh itu dia cik Mira. Mira cakap, ‘puas tidur?? Pegi la mandi dulu.’ . Ok bos!

Dah wangi-wangi, aku pun turun dapur. Ada kakak ipar Mira and adik-adik Mira yang lain. Tengah sibuk nak buat persiapan kuih sepit. Tapi kat kampung ni panggil kuih bunga durian. Adik Mira yang nama Baziela atau lebih senang dipanggil kak La ajak aku pegi kedai beli barang naik motor. Kak La tunjuk aku jalan kampung. Wuhuuu. Seronoknya jalan kampung nie. Penuh ngan pokok. Sejukkk.

Petang tue, aku tolong kesat daun getah untuk buat tapai. Pelik. Memang tak sama dekat Sabah. Kalau kat rumah aku, nenek just kepalkan tapai tu and letak dalam periuk yang ditutup dengan daun pisang. Inilah, variety of Malaysia. Then, malam tue, aku ngan kakak Ipar Mira, kak Da di ajar oleh mak cara-cara nak membungkus tapai dengan daun getah tue. Maklum la, kak Da pun orang Johor so memang kitorang berdua agak asing dengan cara membuat tapai mengikut budaya orang Terengganu nie. Tengok mak buat, macam senang jer. And aku pun ambik daun tapai. Tyr la buat. Eaehhhh. Rasa kekok sikit but dua tiga kali try, yes! I did it! Wahh. Pandai gak kitorang buat.

Sambil buat tapai tue, kampung ni riuh ngan dentuman mercun. Suasana yang aku rinduiii. Seolah-olah meraikan kunjungan aku disini. Cehhh. Perasan la kau! =p Thanks untuk adik-adik yang maen mercun tu k! really appriaciate it.

19 September

Aku bangun pagi dalam kul 8.30 pagi. Mira cakap kak Ngah ngan abang Chik dia dah sampai. Means, abang ipar dia and si kecil Akila anak kak Ngah pun ada sekali. Pape hal pun, mandi dulu. =) Dah siap mandi, jumpa kak Ngah. Salam la, apa lagi. Peramah gak kak Ngah nie. Ahhh. Pendek cerita, family Mira semuanya peramah. Abang Ngah kelakar orangnya.

Pagi tue, kitorang nak buat tiga jenis lagi kuih raya. And tengah buat kuih tu, Husniza budak sem tiga merangkap budak Biro aku call. Dia nak bawak aku pusing kampung naik motor. Beres! Aku pun siap-siap. And muncul la si Husniza tue tepat pukul 10.30 pagi. Warghhh! Naik panas punggung aku duduk atas motor tue keliling satu kampung. Sambil tue mendengar penerangan dari pemandu pelancong. Hee. Ada kebun buah-buahan. Ada sawah padi… ada kelapa sawit…ada getah. Lembu la kambing la… Lembu tu milik pak itu la, Kelapa sawit ni milik pak ini la…Bla bla bla.

Bertandang sekejap kat rumah dia. Sambil tu sembang-sembang. Berkenalan dengan family dia. Emm. Ramah gak family dia nie. Baru dapat tau rupanya Husniza nie ada abang yang study kat UUM gak. Stay kat DPP Bank Rakyat lagi.

Agak lama bersembang. Pukul 12.30 dah nie. Aku pun mintak Husniza hantar aku balik. Sampai-sampai jer tengok ayah tengah siapkan buluh untuk masak lemang. Mak ngan mak Uda tengah siapkan daun nak masak lemang. Mak Uda adik kepada ayah. Mira plak tengah parut kelapa nak buat santan. Kak ngah, kak Da and kak Tie ngah siapkan kuih raya yang tak siap-siap lagi. Kak La tengah siapkan baju melayu yang yang tak siap-siap lagi. Jangan tak tau, adik Mira yang sorang nie pandai menjahit.

Ok. semua orang sibuk buat kerja masing-masing. Aku pun try parut kelapa. Itu pun setelah berperang kecil dengan Mira. Mira larang aku parut kelapa. Alasannya, takut tangan aku luka. Nanti mak aku marah. Helooo. Cari reason lain boleh takk? Macam sesuai untuk anak manja jer reason tu. Tak kira, tak kira! Aku nak test gak! Hee. Pastu aku pegi tolong buat kuih raya. And pastu, pegi isi beras dalam buluh lemang. Memang terasa kelainannya manyambut raya disini.

Petang tue hujan turun. Nasib baik bakar lemang ditempat yang beratap. Aku tolong Mira siapkan juadah berbuka puasa. Abang Chik keluar pegi ambik makwe dia kat stesen bas. Mira cakap makwe abang Chik tak balik kampung raya nie. Tiket pegi Kelantan dah habis! So terpaksa la Kak Ani tu beraya kat sini gak.

8.30 malam, pengumuman tarikh hari raya. Semua orang automatic berkumpul depan TV. Yeah! Esok raya. Abang Ngah ambik mercun. Jom kita main mercun! Dum Dammm! Yahhh, itu dia! Gegar kan kampung Durian Penjara! Orang kampung sebelah taknak kalah jugak tue. Apa lagi, orang menjual, kita membeli. Lawannn! Caya la abang Ngah!

20 September

Pagi raya yang hening. Mira kejutkan aku solat Subuh. Aku pun capai tuala and mandi. Tengok Kak Da tengah gosok baju raya. And dia said ‘Selamat Hari Rayaaa’. Aku just senyum and berlalu ke bilik mandi.

8.30 pagi kitorang pun berarak ramai-ramai menuju ke surau untuk solat sunat Aidilfitri. After that terus singgah kat kubur untuk ziarah pusara arwah abang Long Mira. Baca yassin. Semoga roh nya dicucuri Rahmat.

Kat rumah, first salam-salam dulu. Maaf Zahir Batin semuaaa. Then, makan time! Ada lemang, nasi minyak and lauk ayam. Erghhh! Kenyang nyerrr.

And pastu, berduyun-duyun la sahabat handai si Mira ni bertandang kat rumah. Semua lelaki plak tuh! Maklumla, Mira nie ramai peminat kat kampung dia. And tetibe sepupu kepada kawan dia nie pakai baju sedondon dengan aku. Color ungu gelap. Apa lagi, kene usik la. Arh! Aku layan jer. Aku cakap, ‘La, tak tau ker tadi masa dia belum sampai, kitorang dah mesej janji pakai baju color nie…’ Riuh la rumah Mira kitorang kerja kan.

And petang tue, Mira ajak aku pergi beraya kat rumah Dayah. Naik motor. Kitorang pergi bertiga sekali dengan kawan dia yang nama Ikhwan. Mira cakap Ikhwan nie best student kat sekolah dia. Dah grad dah pun coz dia ambik matrik.
Lepas pergi rumah Dayah, pergi plak rumah sahabat lama Mira. Then, dah nak masuk maghrib so kitorang decide balik rumah.

Kat rumah, riuh lagi dengan gurau senda semua orang. Maklum la keluarga besar. Dan aku tidak terlepas dari kena sakat dengan dialek Terengganu. Macam-macam la diorang nie. Tapi aku happy. =)


21 September

Hari raya yang kedua. Masih ramai lagi sedara mara yang datang. And aku di introduce. Sume pakat heran. Tapi dorang mesra sangat-sangat. Aku sibuk tolong buat air and hidang kat tetamu. Cehhh. Nak tunjuk rajin or nak cari calon? Hahaha. Think sendiri la.

Malam tue, abang De, Kak Da, abang Chik and Kak Ani dah nak balik KL. Aband Ngah ngan ayah hantar pegi stesen. Bye semuaaa.

Pastu kitorang sembang ngan mak. Then aku ngan mak makan kuih raya. Kak La tak habis mengusik aku. Dia story pasal kes baju sedondon tue kat mak. And mak tanya ‘Tak tukar number telefon?’. Haaa! Tak la. Mak just senyum and cakap lagi, ‘Kenapa tak ambik?’. Bertambah-tambah la dorang usik aku. Takpe-takpe….

22 September

Hari raya ketiga. Pagi tue, ayah ajak aku pergi pasar Marang. Nak beli ikan ngan ayam nak buat sate.So, aku pergi la. Bye Mira. Yang ikut just aku, abang Ngah, Kak Tie, Haikal dan Kak Mie.
Ayah tunjuk jeti nak pergi Pulau Kapas. Interesting!

Dah siap-siap beli, kitorang terus balik coz abang Ngah cakap, kakak dia nak datang beraya. So, sampai jerk at rumah aku pun letak ayam kat dalam besen and pergi mandi. Yes! Masa pegi pasar tue, aku tak mandi lagi. Abang Ngah cakap, bukan orang tau pun. Jadinya, aku just sembur perfurme. Serabai tak??? Well!

Petang tue, aku tolong mak buang tulang ayam. Maklumla, nak buat sate, tulang kene la buang kan. Then sambil tue, sembang ngan mak pasal kisah sedih abang Ngah. Menantu kesayangan mak yang di anggap sebagai pengganti arwah abang Long. Mata mak berair. Mak cakap kisah abang Ngah macam dalam TV. Kesian abang Ngah. Patutla, semua orang sayang dia. Mira cakap, bila abang Ngah pakai baju Melayu ngan ketayap, memang sebijik macam arwah.

Malam tue, kitorang ramai-ramai cucuk daging ayam tue kat cucuk sate. Wahhh! First time nie aku buat sate. Setelah dikira, siap 139 cucuk semua! Then aku ngan Mira simpan kat peti ais coz nak peram dulu. Biar sebati dengan rempah.

23 September

Sarapan nasi Lemak. Erm sedappp. Pastu mak buat nasi himpit ngan kuah kacang untuk makan dengan sate malam nie.

Lepas maghrib, aku ngan Syafiq sibuk bakar arang. Fuhhh! Susah gakkk! Penat la kitorang mengipas sambil diperhati oleh mak kat tangga. Yang lain keluar. Abang Ngah bawak Kak Ngah pergi klinik ambik ubat coz Kak Ngah tak sihat. Yang lain ikut. Ayah ngan Mira pergi rumah adik ayah. Ada hal katanya.

Pastu, Berjaya jugak la kitorang nyalakan bara api. So, terus ambik sate and bakar! Wahhh! Aku pakat main kipas jer. Ntah betul ntah tak. Selama nie tau makan jerrr. And tak lama pastu, sume datang. Time tu tengah hujan. Nasib baik bakar sate kat depan tangga rumah. Takde la kene hujan.

So, orang lain take over tugas aku coz sumer nak tunjuk bakat masing-masing membakar sate! Arrr, ambik la. Aku stay kat atas sambil bersms dengan Din.

Pukul 10 malam, siap! Mak buat air Nescafe O panas. Aku tolong hidang nasi himpit ngan kuah kacang. Then, makannn!!! Ermmmm. Sedapnyaaa. Paling sedap kuah kacang dengan nasi himpit mak. Jangan tak tau, itu fevret aku. Erghh. Kenyang gilerrr. Nyaris tak boleh bangun sebab perut terlampau penuh.

24 September

Mira kejut aku pagi tue. Dia cakap hari nie dia nak bawak aku pergi Bandar. Dia nak beli baju katanya.

Hari nie sarapan nasi pulut. Sedappp gak. Firstime makan. After makan, aku pun bersiap. Dalam pukul 10.30 kitorang bertolak. Kitorang pergi ramai-ramai satu kereta. Abang Ngah, Kak Ngah, mak, Mira, Haikal, Kak Mie dan si kecil Akila.

Mula-mula pergi kedai Hari-Hari. Tak jumpa baju yang Mira nak tue. So pegi kedai depan. Ar! Jumpa pun. Nice taste. Color purple.

Then kitorang pergi minum-minum. Abang Ngah blanja! Pastu pergi Giant. Beli-belah. Aku tak tau nak beli ape. Then pergi kedai hadiah. Nampak ada jual manik-manik yang ada huruf. Aku ambik huruf S-T-U-Y-Z! Ok, bayar! Move kedai kasut plak. Kasut POLO. Aku suka jenama nie.

Selain POLO, aku suka XCES. Tapi aku suka design dari XCES! But, tengok pattern POLO tue, notbad. Mintak advice Mira. Mira said ‘Cantik!’. Ok I buy it.

Almost 3 pm. Penat dah. Nak-nak lagi orang macam aku yang tak berapa minat bejalan. So, jom balik. Sampai jer kat rumah, siapkan makan tengah hari. Actually dah siap dah pun. Tinggal hidang jer. So makan laaa.

Pastu, rasa letih tersangat tapi cuaca panas sangat. Tekak aku dah mula rasa panas. Symptom nak demam. Sure pasni demam! Tak suka nya.

Petang tue, Mira kejut aku ajak pegi kedai beli lauk nak masak. Aku merengek kata taknak. Mira cakap, ‘Jom la!’. Sekali lagi aku cakap ‘Taknak la. Kau pegi laa. Ajak kak La.’ Mira jawab, ‘Kak La dengan yang lain-lain takde. Dorang keluar pegi pantai, abang Ngah bawak. Tinggal kita berdua ngan mak dengan ayah jer nie.’ Mata aku terbukak sikit. Jawab lagi, ‘Ala malas la. Mengantuk nieee.’ Pastu Mira keluar. Terdengar dia mengadu kat mak yang aku taknak ikut. Pastu mak cakap ‘kalau kak Yu taknak pergi, duduk rumah dengan ayah. Biar mak dengan kak pergi.’ Aku senyum and perlahan bangun. Mak ngan Mira pun senyum tengok aku. Then aku pun cakap, ‘Ehmmm. Cepat la besiappp.’ Then Mira cakap ‘Sabar la ba.’ Mengajuk cakap aku la tueee. Nyampah. =)

Owh ya, sebelum terlupa. Kat rumah nie Mira dipanggil sebagai kak dan dorang panggil aku as kak Yu. Kalau nak ikut susunan adik beradik Mira, start dengan arwah abang Long, kak Ngah, abang Chik, abang De, Mira, Kak La, Kak Tie, Kak Jie, Syafik atau abang, Kak Mie and Haikal atau adik.

Pergi kedai dengan motor. Tibe-tibe sampai kat kedai, hujan gerimis. Alamak. Kene tunggu jap. Mira tanye, ‘Yul, nak tunggu berenti atau nak jalan jer?’. Aku jawab, ‘Kita redah jerrr. Lagipun aku tak mandi lagi nie. Hee.’ So, kitorang redah jer la. Dalam perjalanan, lalu kat sekolah lama Mira. Kitorang masuk kejap ronda-ronda. Mira tunjuk dewan, kelas, pejabat, masjid and so on. Cantik gak sekolah dia.

Pastu kitorang letak barang-barang yang beli tadi kat dapur and Mira ajak aku pusing-pusing kampung. Huuuuu. Damainyer terasa. Azan berkumandang. Masa untuk melawat pun tamat.
Sampai kat rumah rasa sunyi coz yang lain tak balik lagi. Mira ajak makan nasi himpit dengan kuah kacang yang masih bersisa. Perut rasa kenyang yang teramattt. Then tak lama tue, sume balik. Riuh balik rumah nie.

Malam tue, tengok cerita Jangan Tegur yang ditanyangkan sempena raya. Abang Ngah,Syafik and Haikal sibuk lastik cicak. Maklumla malam jumaat. Dapat pahala kata dorang. Sejarah kisah Anbia.

25 September

Lastday. Pagi nie sarapan mee goreng ayam. Sedapp. Mak masak memang sedap. Macam selalu, bila makan, sume sibuk suruh aku tambah lagi. Sampai aku kene gune strategi cepat-cepat letak air dalam pinggan. Ayah senyum jer tengok keletah kitorang.

Hari nie, tak banyak sangat aktiviti. Duduk menyembang dengan adik-adik Mira. Keselesaan yang aku rasakan dalam keluarga ini buat aku mudah bercerita itu dan ini. Tidak yang seperti aku duga. Kukira, aku tidak akan mengerti pertuturan dialek diorang but bila sampai, takdela tak paham langsung. Cume bila dorang cakap laju-laju, memang blerr la.

Petang tue masa aku tengah syok tengok TV, mak Uda datang ajak aku ngan Mira makan laksa kat rumah dia. Laaa, susah-susah jer mak Uda nie. Sedap gak laksa Penang dia. Nak-nak lagi tengah selesema nie, memang kene la dengan tekak aku.

Pukul 7 petang aku pun mandi and besiap. Sedikit rasa berat hati. 45 minit kemudian, masa untuk ucap selamat tinggal and terima kasih. Kak Ngah pesan supaya datang lagi masa cuti final nanti. Hanya sepatah yang mampu terungkap dengan senyuman, ‘InsyaAllah…’ . Tidak mahu berjanji dan tidak mahu juga mengecewakan.

Aku ngan Mira dihantar oleh abang Ngah, ayah, mak, Haikal dan Kak Mie. Bas tunggu kitorang kat depan Perpustakaan kat sebelah Mydin. Pukul 9 lebih, masa untuk berpisah. Salam mak. Mak pesan suh datang lagi dengan Nazirah, roommate Mira. Aku bagi jawapan yang sama macam tadi.

Babai Terengganu… Nice family, created sweet memory. Gonna miss you all!